Posts tagged ‘drama Tv3’

“AYYAD” @ TV3

Siri baru terbitan Tv3 yang kini menemui anda di kaca tv setiap hari Isnin, jam 7.30 mlm mulai 2 Jun yang lalu merupakan satu santapan baru untuk penonton setia tv3 termasuk kanak2 dan seisi keluarga. Tv3 menyediakan siri ini dengan misi merapatkan jurang komunikasi dan emosi khususnya untuk ibubapa supaya lebih memahami dunia kanak2.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh GBSB dan merupakan hasil sutradara pengarah Fairuz Loy. Ia dibintangi oleh pelakom cilik Ahmad Ezzrin Loy yang memegang watak AYYAD disamping pelakon2 handalan tanahair yang lain seperti Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman, Mohamad Yadiy Ahmad Taufek, Errin Malek, Mas, Rusyaidi Razin dan Cat Farish.

Antara kisah yang dihadapi AYYAD ialah kedatangan kawan baru,Sazali atau Zali yang merupakan seorang kanak2 pendiam dan pemalu berusia 9 tahun yang baru berpindah ke taman perumahannya. AYYAD dan Zali menjadi mesra dalam sekelip mata. Selain itu, AYYAD mula mengenal erti setia tidak kira apa cabaran yang perlu beliau hadapi apabila beliau cuba mempertahankan Zali yang dibuli oleh budak2 nakal. Namun dia yang bertubuh kecil itu terpaksa mengalah dan meminta pertolongan dari orang gajinya yang dianggap wira.

Sepanjang 13 episod ini, pelbagai persoalan dan tanda tanya wujud dalam fikiran AYYAD setiap kali berhadapan dengan masalah. Antaranya kejadian dimana adiknya merajuk dengan pembantu rumahnya serta pertengkaran antara ibu dan ayahnya. Mesej yang positif dipamerkan dalam setiap episod kerana ibu bapa bertanggungjawab memberikan nilai2 terbaik kepada anak2 yang belum matang.

June 26, 2008 at 7:57 am 16 comments

“DENDAM” drama @ TV3

Bertempat di Rainforest Cafe, Bandar Sunway telah diadakan satu majlis ramah mesra drama terbaru TV3 yang bakal menemui penonton setia TV3 bermula 24 Jun 2008, setiap hari Selasa jam 11 malam.

Drama hebat ini merupakan hasil sentuhan pengarah kreatif, Adam Hamid dan diterbitkan oleh syarikat produksi yang menjayakan drama Natasha dan Jelatang iaitu Asia Media Content. Apa yang lebih menarik drama ini diterajui oleh pendatang baru dari Singapura iaitu Rima Melati Adam. Turut membintangi DENDAM ialah Aliff Mohd. Satar ( pengacara Remaja ), Kathy Azean, Noniswara, Ery Putra, Alyka, Zarynn Nin dan Aqasha.

SINOPSIS:

Cereka ini mengisahkan Misha ( Rima Melati ) yang sering didera secara fizikal dan mental sejak dari kecil lagi oleh makciknya, Zana ( Noniswara ).  Bapa Misha telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan ibunya Narimah ( Kathy Azean ) pula mengalami penyakit lumpuh. Kejadian malang yang menimpa ibu bapanya menjadikan Misha dan adiknya Amir ( Aliff ) kehilangan kasih-sayang dan terpaksa meneruskan kehidupan di pusat jagaan anak2 yatim. 

Kesedihan dan kesusahan yang membelenggu Misha dan Amir tidak terhenti di situ sahaja apabila adik-beradik Narimah iaitu Zana, Helmi ( Rosli Idris ) dan Fikri ( Ery Putra ) mengetahui Misha dan Amir mewarisi duit insuran bapa mereka.  Zana mengambil Misha dan Amir daripada rumah anak2 yatim dan menyalahgunakan duit mereka itu, malah turut mendera mereka.

Setelah Misha meningkat dewasa, bermulalah episod baru dalam hidupnya sebagai pendendam dan mula melakukan jenayah pembunuhan satu-persatu terhadap mereka yang telah menganiayainya. Sebaliknya Amir membesar sebagai seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi Zana kerana dalam hematnya, Zana telah bersusah-payah membesarkan dia dan kakaknya tanpa mengetahui kejahatan yang telah dilakukan Zana terhadap kakaknya.

June 11, 2008 at 9:22 am 1 comment

Slot Akasia – Ezora

“EZORA” merupakan taruhan terbaru tv3 hasil garapan kreaif sutradara Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd. Drama bersiri 60 episod ini menampilkan pelakon2 seperti Fazura, Beego, Dynaz, Diana Rafar, Mek, Fezrul Khan, Zed Zaidi,Cico dan Cat Farish.

“Siri ini mengupas kekuatan seorang wanita yang menjadi mangsa kepada cinta sejati.  Plotnya berkisarkan tanda tanya dan rahsia kehidupan yang membongkar realiti sebenar.  Persembahan siri ini lebih dekat dengan realiti kehidupan harian sebenar dan bukannya rekaan dunia plastik yang diwujudkan tanpa sebab.  Selain itu, ia juga mempamerkan kekuatan semangat seorang wanita sebatang kara dalam menempuh dugaan hidup.  Beliau tidak pernah menyalahkan takdir tapi sebaliknya berusaha sehingga berjaya mengharungi dugaan hidup dan menempatkan dirinya setaraf dengan golongan yang lain”.

Drama ini bermula dengan kisah Ezora daripada keluarga kurang berada menghadapi masalah semasa persediaan pernikahannya dengan tunangnya, Reza. Keadaan bertambah buruk apabila Reza yang bekerja sebagai buruh kontrak telah diberhentikan.  Hal ini menyebabkan Reza mahu menangguhkan pernikahan mereka dan berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan serta mengumpulkan wang untuk bernikah.

Manakala emak Ezora jatuh sakit dan meninggal dunia apabila mengetahui kejadian itu. Ketiadaan ibunya menjadikan adik Ezora iaitu Lisa, hidup dengan penuh bebas tanpa kawalan sesiapa. Dia terus menggoda lelaki tua berharta yang sanggup menghabiskan wang untuknya.  Manakala Ezora pula digoda oleh majikannya yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Kekecohan berlaku sehingga Ezora dipecat.

Di Kuala Lumpur pula, Leeya yang berasal daripada keluarga yang kaya, menjadi marah apabila mendapati tunangnya, Badree berlaku curang dengan arkitek wanita yang digajinya. Dia terus memecat arkitek itu dan membatalkan pertunangannya. Pergaduhan berlaku dan Reza yang menjadi buruh di banglo Leeya itu menjadi orang tengah, akhirnya Leeya tertarik dengan kekacakannya.

Hubungan Reza dengan Leeya menjadi semakin rapat, sehingga Reza diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Keselamatan di Hotel Marina milik Leeya.  Dalam diam2, Leeya membuat persiapan pernikahan dengan Reza. Ezora mulai gelisah kerana Reza semakin jarang mengirim berita. Akhirnya Ezora memutuskan untuk pergi bertemu Reza di Kuala Lumpur. Kehadiran Ezora di Kuala lumpur membuatkan Reza berada di dalam dilema.  Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Berjayakah Ezora mempertahankan cintanya terhadap Reza? Adakah Leeya berjaya meraih cinta Reza sekaligus menakluki lelaki itu?  Siapakah antara Ezora dan Leeya yang menjadi pilihan hati Reza? untuk mengetahui kisah selanjutnya, saksikan kisah “Ezora” dalam slot Akasia setiap Isnin-Khamis, jam 6 30 petang,semestinya di saluran Tv3. 

 

May 25, 2008 at 6:07 pm Leave a comment


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 147,151 hits