Movie Review

Movie Review: 2012

Whoa! Lama benar takde ulasan filem.

Filem 2012 merupakan usaha terbaru pengarah Roland Emmerich (The Day After Tomorrow, Independence Day) dalam genre aksi-malapetaka. Ia dibintangi John Cussack, Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor, Oliver Platt, Thandie Newton, Danny Glover dan Woody Harrelson.

Mengambil inspirasi daripada ramalan puak Mayan kuno bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, filem ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki biasa (Cussack) mengharungi pelbagai dugaan dan halangan untuk memastikan keluarganya selamat daripada kekalutan yang melanda.

Adegan aksi gempa bumi yang dipaparkan dalam filem ini benar-benar mengujakan dan dilakukan dalam skala yang besar berbanding filem-filem sebelumnya. Malah, tsunami dan letupan gunung berapi juga tidak kurang hebatnya.

Selain babak-babak aksi ini, filem ini cuba untuk menonjolkan sifat semulajadi manusia, baik yang buruk, mahupun yang baik, apabila berdepan dengan bahaya dan kesukaran. Sikap optimis dan percaya kepada kebaikan dalam setiap insan diketengahkan dan pada masa yang sama, kita diperlihatkan kepada realiti bagaimana golongan yang kaya dan berpengaruh mempergunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka.

Terdapat banyak babak di mana elemen kemanusiaan dan pengorbanan diselitkan, menunjukkan bagaimana mereka yang terperangkap terus berjuang untuk hidup. Bagi mereka yang menanti saat maut, banyak juga babak yang menyentuh perasaan.

Di awal kisah ini, kita diperlihatkan bagaimana suatu fenomena alam semesta memberi kesan kepada bumi. Penemuan penting ini dilakukan oleh saintis dari India dan disokong oleh pakar-pakar lain serata dunia. Bertitik tolak daripada penemuan ini, kita dibawa merentasi perubahan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk menghadapi bencana ini dari tahun 2009 sehingga 2012. Pelbagai helah dan cara digunakan untuk memastikan kerahsiaan ini.

Kita kemudian diperkenalkan kepada Curtis (Cussack), seorang penulis yang tidak berjaya dan bekerja sebagai pemandu limo. Dia membawa anak-anaknya berkhemah di Yellowstone dan ditahan oleh pihak tentera setelah menceroboh suatu kawasan larangan. Di sini mereka bertemu Dr. Adrian Hemsley (Ejiofor) dan telah dibebaskan. Di Yellowstone juga, mereka bertemu Charley (Harrelson) yang memberitahu mereka bahawa dunia akan hancur dan kerajaan seluruh dunia sedang membina “bahtera” bagi menyelamatkan mereka yang terpilih.

Sekembalinya mereka ke Los Angeles, Curtis menemui beberapa petanda yang membenarkan teori Charley. Dengan kesempatan yang ada, beliau bergegas mendapatkan bekas isteri dan anak-anaknya sejurus sebelum kawasan perumahan mereka ranap. Dengan bantuan Gordon, mereka berjaya menerbangkan diri ke Yellowstone untuk bertemu Charley. Berbekalkan peta kepunyaan Charley, mereka meneruskan perjalanan ke Las Vegas dan bergabung tenaga dengan seorang jutawan dan terbang ke China untuk mencari “bahtera” yang dimaksudkan.

Sementara watak utama kita berkejar ke China, Dr. Hemsley dan agensi kerajaan lain berusaha menyelamatkan seramai mungkin. Namun, timbul konflik apabila beliau mengetahui bahawa pemilihan ke “bahtera” bukan atas dasar keperluan spesis tetapi lebih kepada kemampuan kewangan individu. Bertindak sebagai suara nurani, beliau memujuk pemimpin dunia lain membenarkan lebih ramai orang menaiki bahtera, termasuk mereka yang tidak membeli tempat di atasnya.

Dapatkah usaha kerajaan dunia ini menyelamatkan manusia daripada pupus dan adakah Curtis dan keluarganya sempat sampai ke bahtera terbabit? Apapun, 2012 adalah filem malapetaka terhebat setakat ini dengan kesan khasnya yang memikat mata. Walaupun jalan ceritanya agak longgar, tetapi ia tidak begitu ketara dan masih menghiburkan keseluruhannya. Pergilah saksikan filem aksi ini, dan tanyalah diri anda, apakah yang akan anda lakukan di tempat mereka?

2012 akan menemui penonton di pawagam pada 12 November 2009.

Print Keyart_LA Malay1

2012_Intl_2012-107

2012_Intl_2012-121

2012_Intl_2012VFX-103

2012_Intl_DF-04043

2012_Intl_T01_214_090_comp_v0077_1064

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: