Posts filed under ‘Uncategorized’

Movie Review: A Chrismas Carol

Filem animasi A Chrismas Carol ini merupakan versi terbaru adaptasi karya klasik Charles Dickens.

017-ACC-ACC_2009_June30_1224FF

Ia dibawakan kepada anda oleh Walt Disney Pictures dan diteraju oleh Robert Zemeckis sebagai pengarah. Ia turut dijayakan oleh aktor-aktor berkaliber seperti Jim Carrey, Gary Oldman, Colin Firth, Robin Wright Penn dan Bob Hoskins.

Filem ini bakal menemui anda dalam 3D dan kesan grafiknya amat tajam dan teliti. Perincian pada latar belakang dan karektor sungguh menakjubkan. Muzik latar dan kesan bunyi pula berkesan, terutama apabila roh-roh mula muncul.

A Chrimas Carol mengisahkan tentang seorang lelaki, Ebenezer Scrooge (Carrey) yang bencikan perayaan Hari Krismas. Dia memencilkan dirinya saban tahun tatkala orang lain bergembira menyambut perayaan tersebut. Akibat terlalu kedekut dan mementingkan diri, beliau tidak disenangi ramai. Namun begitu, anak saudaranya Fred (Firth) simpati dengan orang tua ini dan berharap dia dapat berkongsi gembira ketika perayaan itu. Begitu juga pembantu yang sering ditindasnya, Bob Cratchit (Oldman) menghormati dan kasihan padanya.

ACC_2009_May5_01212.jpg

Pada malam Krismas, Ebenezer telah didatangi roh rakannya yang sedang terseksa akibat sikapnya ketika masih hidup. Beliau kemudiannya telah menerima kehadiran 3 roh berbeza yang menunjukkannya zaman lampaunya, zaman sekarang dan zaman akan datang.

029-ACC-ACC_2009_Mar26_01182FF

Pelbagai grafik menarik menyusul pengembaraan masa ini dan segmen ini merupakan bahagian yang paling menghiburkan. Perjalanannnya bersama 3 roh itu menjadikannya seorang yang berbeza.

Saksikanlah pengembaraan Ebenezer merentasi masa dan nikmatilah visual menarik yang melengkapkan perjalanannya. Semasa di waktu lampau, kita dibawa ke zaman kanak-kanaknya, waktu remajanya dan ketika dewasa dan bercinta. Ketika bersama roh waktu sekarang, beliau ditunjukkan kehidupan pekerjanya, Bob dan anak saudaranya, Fred. Ebenezer ditunjukkan kepada keadaan mereka dan bagaimana dia memberi kesan dalam hidup mereka. Roh masa akan datang membawanya melawat kuburnya sendiri dan bagaimana dia mati keseorangan dan dilupakan.

ad3

Pengalaman ini membuka hati dan mata Ebenezer dan dia bertekad untuk mengubah nasib masa hadapannya. Jadi, marilah sama-sama kita melihat bagaimana keinsafan mengembalikan nilai insan seseorang itu, mengingatkan mereka tentang kebaikan yang sentiasa ada di dalam diri kita.  A Chrismas Carol kini ditayangkan di pawagam.  Selamat berhibur!

ad2

Advertisements

November 17, 2009 at 2:54 am Leave a comment

Album launch – “Percubaan Pertama” @ Aizat

Siang tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran album pertama Aizat berjudul ” Percubaan Pertama”  yang diadakan di Rainforest Sports Bar, Pavilion.

Semenjak Julai 2007 yang lalu, Kerjaya Aizat telah diuruskan oleh syarikat miliknya sendiri, iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Melalui syarikat ini, 2 single telah dihasilkan iaitu “Sahabat” dan “Hanya Kau Yang Mampu”. Lagu “Hanya Kau Yang Mampu” mengatasi lagu2 lain dalam pilihan pendengar serta berada di carta teratas radio2 muzik tempatan. Dengan kejayaan itu, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia mengambil inisiatif untuk menghasilkan album “Percubaan Pertama” yang menampilkan 8 buah lagu nyanyian Aizat.

Album “Percubaan Pertama” ini diilhamkan oleh Aizat bersama adik-beradiknya yang juga telah menggalakkan beliau bagi menghasilkan sebuah karya yang mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang diminati bersama.  Malah, Aizat dan adik-beradiknya yang memang telah lama mempunyai minat di dalam bidang muzik telah menubuhkan sebuah kumpulan iaitu d’Amdans yang dianggotai oleh Muhammad Amir, Muhammad Amar, Muhammad Anas, Muhammad Aizat, Muhammad Alif dan kakaknya Nur ILi Zuhair.

Tajuk album “Percubaan Pertama” ini telah dipilih berdasar kepelbagaian ciri pertama yang terdapat dalam album ini. Antara yang menarik tentang pemilihan tajuk untuk album ini ialah; inilah album penuh pertama Aizat yang telah dirakam dan berada di pasaran, lagu2 gubahan Aizat yang pertama kalinya dicipta bersama-sama abangnya, Amar dan Anas diterbitkan serta single pertama Aizat yang turut dimuatkan di dalam album ini. Dari aspek yang tersirat pula, penerimaan album ini oleh para peminat merupakan cabaran utama buat Aizat. “Percubaan Pertama” ini juga merupakan pembuka jalan dan bakal menjadi landasan untuk cubaan ke-2 pula dan seterusnya bagi Aizat.

Penerbitan album “Percubaan Pertama” ini dibiayai sepenuhnya oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE); syarikat bersama keluarga Aizat. KGE juga telah menerbitkan 2 buah muzik video iaitu “Fikirlah” dan “Hanya Kau Yang Mampu”, manakala muzik video untuk “Lagu Kita” kini dalam peringkat perancangan.

Album “Percubaan Pertama” akan berada di pasaran mulai 26 Jun 2008 ini, menampilkan lagu2 hits seperti berikut:

FIKIRLAH ( lagu dan lirik oleh Anas )

HANYA KAU YANG MAMPU ( lagu dan lirik oleh Taufik )

LAGU KITA  ( lagu dan lirik oleh Aizat )

SAHABAT ( lagu dan lirik oleh Taufik )

SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA ( lagu dan lirik oleh Aizat dan Anas )

CINTAI DIRIKU ( lagu dan lirik oleh Aizat )

MELODI CINTA ( lagu oleh Anas dan lirik oleh Amar )

HANYA KAU YANG MAMPU (versi akustik)

 

 

 

June 25, 2008 at 8:43 pm 10 comments

Bowling @Suria FM

Bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada bulan Jun setiap tahun, Suria FM dengan slogan ” Hidup Pasti Rancak ” itu baru2 ini telah mengadakan pertandingan boling yang juga melibatkan golongan bapa dan artis. Pertandingan ini telah diadakan pada hari ahad yang lepas di U-Bowl 1 utama.

Mila bersama bapanya, Jirim Burhan

Faradhiya bersama bapanya, Mohd Amin Zubir 

Farah AF2 bersama bapanya, Anuar Ali

Man Kidal bersama anaknya, Suriani

Zahid bersama bapanya, Baharudin Md Arif

Peserta yang menyertai pertandingan boling sempena Hari Bapa anjuran Suria FM bergambar bersama artis dan pengurusan Suria FM.

June 24, 2008 at 9:07 pm 1 comment

Doa Selamat Drama Bersiri BELLA

Bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala telah diadakan satu majlis doa selamat meraikan kejayaan drama siaran tv3, Bella yang mendapat sambutan hangat dari kalangan para penonton setia tv3. Drama ini juga turut mendapat sambutan melalui siaran di internet.

 

 

June 20, 2008 at 1:36 pm Leave a comment

“Demi Masa” @ TV3

Seorang ibu sanggup mengorbankan segalanya demi seorang anak, asalkan anaknya itu mengecapi kejayaan pada masa depan sudah memadai walaupun jasanya tidak dikenang mahupun dibalas. Itulah plot telemovie yang akan mengisi slot cerekarama pada malam ini ( 10 Mei 2008 ), jam 10 malam.

Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang ditimpa malang apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami ( Rashid ) dan menyebabkan isterinya ( Maryam ) dan anaknya ( Nazli )  cedera dan buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.

Sikap Nazli ( watak ketika kecil – Syafie Naswip ) semakin biadap dan sukar dikawal, namum Maryam tetap berlembut terhadapnya;namun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri, dia sebenarnya malu terhadap rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa.

Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya daripada dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli ( watak Nazli ketika dewasa- Iqram Dinzly ) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubungi ibunya apabila dia terlalu memerlukan wang. Dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin ( Emelda Rosmila ).

Maryam berkunjung secara mengejut ke bandar untuk menemui Nazli kerana tersangat rindu akan anaknya itu. Namun Nazli secara diam tidak mengakui dan memarahi ibunya kerana datang ke rumahnya. Maryam berlalu dengan nikmat yang amat disyukurinya kerana dapat menatap wajah nazli, biarpun seketika sahaja.

suatu hari, Nazli pulang ke kampung dan tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah ibunya dan berjumpa juga dengan rakan lamanya. kemudian Nazli didatangi rakan baik ibunya Chah ( Rozie rashid ) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu tentang ibunya.

Apakah rahsia yang terkandung di dalam surat itu? Apakah kesedaran hari ini mampu menutup kesilapan semalam? Pastikan anda menonton “Demi Masa” malam ini di TV3, jam 10 malam.

 

 

  

  

 

May 10, 2008 at 8:41 am Leave a comment

SITI NURHALIZA PASTI MENANTI AIM.

Diva pop popular Malaysia, Siti Nurhaliza, pasti menanti ketibaan Anugerah Industri Muzik (AIM) hujung minggu ini. Ini kerana, lagu nyanyiannya Menanti Pasti, dari album runut bunyi Kayangan tercalon sebagai 5 finalis bagi Lagu Terbaik AIM tahun ini.

Ketika satu temubual eksklusif bersama Siti Nurhaliza, di Suite Darby Park, Jalan Ampang anjuran Raden Pictures, Siti menaruh keyakinan cukup tinggi dengan lagu berkenaan. Jika sebelum ini lagu Menanti Pasti telah menjadi Lagu terbaik di Anugerah Planet Muzik baru-baru ini, maka, sekali lagi tidak mustahil lagu ini akan mengulangi kejayaan itu.

Siti ditanya apakah kekuatan lagu Menanti Pasti, dari runut bunyi Kayangan itu, beliau menjawab ” Lagu ini mempunyai kekuatan sendiri. Ianya mempunyai elemen kekuatan tersendiri. Kelebihan dari segi melodi dan lirik serta susunan muzik. Selain dari itu, saya memberikan seluruh ‘mood’ dalam menyampaikan lagu ini,” terang Siti ketika memakai selendang berbunga hijau petang itu.

Selain dari itu, pihak media juga menanyakan apakah kesukaran dalam mendendangkan lagu ini, Siti menjawab “Lagu ini mempunyai tempo yang begitu perlahan. Selain dari itu, Siti juga memerlukan pelbagai teknik berbeza dalam menyampaikan lagu ini.”

Untuk rekod, album runut bunyi ini mengandungi kompilasi beberapa buah lagu terdiri dari artis-artis ternama tempatan seperti Ajai, Tengku Mimi dan Siti Nurhaliza sendiri. Ketika merakam album runut bunyi ini, Siti Nurhaliza merupakan artis terakhir merakamkan lagu, tetapi yang paling cepat disiapkan. Sementara itu, Siti juga ditanya kenapa beliau tidak memuatkan lagu ini di dalam album terbarunya, Hadiah Dari Hati, Siti menjawab “Lagu ini (Menanti Pasti) siap selepas album Hadiah Dari Hati sudah peringkat proses akhir. Lagi pun lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi Kayangan. Jadi, ianya sudah diputarkan dulu di corong radio sebelum album Hadiah Dari Hati dipasarkan.”

Pihak media juga bertanya, bilakah Siti akan mengeluarkan album terbaru, beliau menjawab “Bulan Mei atau Jun ini Siti akan mula memasuki studio untuk album terbaru. Tapi kali ini album tersebut lebih berentak etnik kontemporari, tidak terlalu tradisional atau terlalu moden,” tambahnya lagi “Material semuanya sudah ada. Siti juga berbangga kerana mendapat sebuah lagu dari Katon, komposer Indonesia dan Siti sudah siap merakamkan lagu tersebut.” “Selain itu, Siti telah mendapatkan karya dari komposer-komposer popular tanahair seperti Zubir Ali, Ajai, Fauzi Marzuki, M.Nasir, Zul Mahat, Abot dan Radhi OAG,” tambah Siti lagi. Album terbaru Siti dijangka akan memasuki pasaran penghujung tahun ini.

Siti Nurhaliza juga ditanya adakah dia menerima tawaran untuk berlakon dalam persembahan teater P.Ramlee The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Mei ini. Siti menjawab ” Untuk seketika, Siti ingin berehat dulu. Siti rasa seronok berlakon teater. Tetapi untuk teater, Siti perlu meluangkan masa sehingga 60 hari sebelum pementasan. Jadi ia telah memakan masa dan memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Jadi untuk teater P.Ramlee The Musical ini, biarlah orang lain mengantikan tempat Siti.” Selain dari itu, Siti juga tidak mahu menerima tawaran dari hotel-hotel sekitar ibukota untuk mengadakan persembahan Minggu Setiausaha kerana ingin berehat.

Selain dari itu, untuk tahun ini, Siti dalam perancangan untuk mengadakan konsert secara besar-besaran. Siti juga telah dipelawa untuk mengadakan ‘road tour’ di lapan tempat sekitar Indonesia, namun, Siti masih memikirkan tawaran itu. Untuk rekod, Siti Nurhaliza baru pulang dari mengadakan Konsert Akoustik di Kota Singa baru-baru ini.

Pihak media juga bertanya tentang persembahan Siti sekarang ini agak kurang bertenaga dari dahulu. Ini kerana dalam beberapa persembahan kebelakangan ini, stamina Siti kelihatan agak berkurangan dan tidak seperti dulu. Siti menjawab “Memang benar, mungkin stamina Siti tak seperti dulu. Ini kerana, jika dulu, Siti berlatih hampir setiap hari. Namun, semenjak berumahtangga ini Siti terpaksa mengagihkan masa untuk suami, kerja rumah dan karier Siti. tapi, Siti berjanji akan memberikan persembahan terbaik dan bertenaga setiap kali berada di pentas, InsyaAllah.”

Siti juga ditanya mengenai kakaknya, Saida, baru-baru ini terkeluar dari Akademi Fantasia 6. Bagi Siti, mungkin rezeki Saida sudah sampai situ sahaja. Namun bagi beliau, amat bersyukur kerana dapat melihat Saida seperti tidak selesa berada di sana. Dan mengenai kerjaya Saida dalam bidang nyanyian, Siti menjawab “Jika kak Saida benar-benar ingin menyertai dunia hiburan, Siti akan berikan sokongan. Namun bagi Siti (dan syarikat Siti Nurhaliza Production) belum boleh membuat apa-apa rancangan kerana dia masih berada di bawah Maestro.”

Dalam pada itu, Siti juga dicuit soalan mengenai imej bertudung dirinya yang sering menjadi pertikaian peminat, Siti membalas “Secara jujur, berilah Siti ruang dan masa untuk betul-betul bertudung. Ini kerana bagi Siti, sekarang Siti tidak bertudung tetapi lebih kepada imej berselendang. Sebenarnya, Siti berada dalam persimpangan apabila jika Siti bertudung litup, nanti ada sesetengah pihak mengatakan suara Siti aurat. Jadi bagi Siti, biarlah semua peminat memberikan masa dan ruang.”

Untuk persembahan Siti pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) Jumaat ini, beliau akan mengadakan persembahan bersama-sama Dayang Nurfaizah dan Atillia. Mereka akan memilih sebuah lagu popular sepanjang 25 tahun industri muzik Malaysia.

Siti Nurhaliza juga ditanya kenapa sejak kebelakangan ini, suaminya, Dato’ K, kurang kelihatan bersama Siti di majlis-majlis. Adakah ada perselisihan di antara mereka, beliau menjawab “Sebenarnya jangan salah faham, Tiada apa-apa yang tidak kena. Cuma Siti dan suami Siti (Dato’ K) rasakan adalah wajar jika menjalankan tugas masing-masing. Siti sebagai penyanyi dan dia sebagai ahli perniagaan. Kadangkala, suami Siti agak malu apabila mengikut ke majlis-majlis kerana bakal menjadi bahan gurauan,” tambah Siti sambil ketawa ketika menjawab soalan terakhir pada petang itu.

April 29, 2008 at 9:46 am Leave a comment

Impak Maksima The Series Di Aksi TV3.

Baru-baru ini bertempat di ruang depan, One Utama Shopping Center, telah diadakan pelancaran Impak Maksima The Series yang akan ditayangkan setiap Isnin, di slot Aksi, TV3.

impak-215.jpgimpak-258.jpg impak-211.jpg

impak-268.jpgimpak-298.jpgimpak-305.jpg

February 16, 2008 at 1:55 am 5 comments

Older Posts


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 131,948 hits