Juhara Ayob

Juhara
Saya Puas Berlakon Teater.
Juhara Ayob, ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Nurul Imanina (3 tahun) dan Mohd Fawwaz (9 bulan) merasakan teater merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga kepadanya. Jika dibandingkan dengan drama, teater memerlukan lebih komited dan komitmen kerana perlu menghayati dan kenal dengan watak, kerana di dalam teater tiada istilah “cut” ketika ditayangkan.
Berlainan pula dengan drama, ianya tidak terlalu membebankan, namun perasaan atau suasana di set sering melibatkan banyak gangguan yang menyebabkan kurang “feel” dalam menzahirkan sesuatu watak.
Beliau yang juga pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) memulakan kerjaya dalam bidang seni bermula dengan teater musikal, Tikar Mengkuang arahan Lokman Ghani pada tahun 1989. Selain dari melibatkan diri dalam bidang teater, beliau juga pernah membintangi beberapa buah drama seperti cinta Si Pengali Kubur bersama-sama Nasir Bilal Khan.
Senario Teater Di Malaysia.
Juhara berbangga kerana jika dibandingkan ketika mula penglibatan beliau di dalam bidang teater kira-kira 20 tahun dulu, kini teater dikategorikan semakin berkembang dan mendapat tempat di hati masyarakat.
Jika dulu, teater hanya di pentas di beberapa lokasi seperti Matic dan Kompleks Panggung Negara, tetapi kini dengan wujudnya lokasi-lokasi indi seperti di KLPac dan beberapa tempat yang lain, ianya memberikan lebih peluang lagi kepada pengiat-pengiat seni teater khasnya dan peminat amnya.
Kalau dibandingkan kualiti penghasilan karya teater dari masa lepas dan kini, Juhara berpendapat dengan kemasukan beberapa teater bertaraf broadway ke Malaysia, ianya memberikan satu pertukaran teknologi kepada penghasil-penghasil teater di sini dan memungkin kualiti teater tempatan setanding atau sekurang-kurang mencapai satu tahap yang cukup boleh dibanggakan.
Namun, satu masalah yang masih membelenggu pengiat-pengiat teater dalam memberikan persembahan bertaraf dunia adalah dari sudut kewangan. Namun, mujurlah, sudah ada syarikat konglomerat yang sudi menaja beberapa pementasan seperti Puteri Gunung Ledang dan P.Ramlee The Musical, bagi memenuhi tanggungjawab korporat kepada masyarakat.
Dengan peruntukkan yang ada, Juhara yakin pengiat seni teater tempatan mampu menghasilkan teater bertaraf dunia.
juhara.jpgjuhara2.jpgjuhara3.jpg

11 Comments Add your own

  • 1. en_me  |  February 25, 2008 at 5:50 pm

    alahai, lain benor rupernyer yer .. x macam dalam teater nyonya itteww.. uhuhu

    Reply
  • 2. Noor  |  June 18, 2008 at 10:40 pm

    saya meminati lakonan anda yang amat berkesan

    Reply
  • 3. anis  |  July 6, 2008 at 1:57 pm

    kenapa anda kurang muncul ditv.saya kagum dan seronok tengok lakunan anda.

    Reply
  • 4. Aikazaira  |  August 21, 2008 at 12:38 pm

    Ara , ni akulah lama tak dengar cite … calling calling lah …
    Anyway , tak menambah lagi ke?

    Reply
  • 5. Zarul  |  August 28, 2008 at 12:18 pm

    askumm hai akak pkbr harap sihat selalu disamping keluarga akak yang tercinta.. anyway saya minat tgj akak berlakon..n saya ni teringin sangat nak jdi pelakon macam pelakon yang lain juga… sorry klau saya ni menyusah kan akak kan nye apa saya nak mintak tolong kat akak macam, ne cara saya nak jadi pelakon saya harap aka dapat tolong saya untuk capai kan impian saya ni ok…apapun kalau ada caranya boeh tak akak call saya 012-372967 nama saya zarul bagilah tau mcmne caranya terima kasih byk2 kalau akak dapat membantu saya

    Reply
  • 6. azmi  |  September 16, 2008 at 5:03 am

    Hai ju,,,selamat menyambut berpuasa…bila nak muncul dalam tv lagi… menyambbbramadhan al mubarak

    Reply
  • 7. azmi  |  September 16, 2008 at 5:05 am

    Salam ju…selamat menyambut ramada al mubarak….bila ju nak muncul dalam tv lg..

    Reply
  • 8. joned  |  November 28, 2008 at 1:27 am

    Salam .. Ara, ni aku la. Kwn lama sekolah SMSB. Ingat lg x? Anything e-mail aje ler…

    Reply
  • 9. Chek Him  |  June 30, 2009 at 1:44 am

    Anda memang berbakat dalam industrri seni hiburan tanah air,

    Reply
  • 10. ela  |  July 4, 2009 at 10:28 am

    sememangnya berbakat dalam indusstri

    Reply
  • 11. qaseh  |  July 30, 2009 at 10:54 am

    akak mmg terer blakon ada talent..bila agaknya sy bley g kl n tgk akak blakon teater ek

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: