LifeStyle

 Celebrity Fitness, A Greatest Lifestyle Fitness Center

Pusat kecergasan, Celebrity Fitness, telah ditubuhkan semenjak tahun 2004, dan sehingga kini telah mempunyai empat cawangan di Malaysia iaitu di Gurney Drive, Pulau Pinang, Subang parade, Subang Jaya, One Utama, Petaling Jaya dan Bangsar Village II (Bangsar). Bagi Celebrity Fitness di Bangsar Village II, keluasan seluruhan kelab menjangkau sehingga 24,000 kaki persegi dengan 3,500 kaki persegi untuk ruangan aerobik dan 2,000 kaki persegi untuk ruangan yoga.

Ianya terletak di tingkat 3, Bangsar Village II, memberikan satu keistimewaan iaitu pemandangan menarik bandaraya Kuala Lumpur. Selain dari itu, kelab kecergasan ini menyediakan bilik sauna yang cukup mewah, sauna dan ruangan mandi yang diberikan sentuhan moden. Selain dari itu, Celebrity Fitness menawarkan ruangan sosial yang cukup luas serta kafe untuk ahli berehat dan bertemu mesra.

Pusat kesihatan yang berpusat di Indonesia ini telah mempunyai 7 kelab seumpamanya di Jakarta dan 3 buah lagi di Surabaya. Sehingga kini, keahlian di Indonesia sahaja sudah mencecah lebih dari 50 000 orang ahli.

Secara keseluruhan, setiap kelab kecergasan Celebrity Fitness mempunyai keluasan 24 000 hingga 36 000 kaki persegi dengan 3,500 kaki persegi diperuntukkan kepada ruangan aerobik dan 2,000 kaki persegi kepada ruang Yoga. Kelab ini juga menawarkan sebanyak 110 kelas aerobik, ‘body pump,’ ‘spinning,’ yoga,’step,’ dan lebih 60 alat senaman untuk pengurusan berat badan, 96 buah alatan untuk senaman kardio serta diperkuatkan dengan lebih 30 jurulatih bertaraf dunia yang didatangkan khas dari negara seperti Brazil, Sepanyol, New Zealand dan India, di setiap cawangan. Setiap ahli boleh mengikuti pelbagai jenis kelas kecergasan seperti senaman, pilates, yoga, aerobik dan banyak lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Celebrity Fitness di One Utama (03-7718 8000), Subang Parade (03-5163 3000), Bangsar Village II (03-2092 8000) dan di Gurney Plaza (04-222 8000) atau layari www.celebrityfitness.com.my

Keenakan Makanan Thai – The Flying Chillies

Restoran Flying Chillies

Pada 06.03.08 bertempat di Flying Chillies, Tingkat 3, The Garden, MidValley Shopping Center, telah dilancarkan rangkaian restoran Thai terbaru, Flying Chillies, yang dimiliki Sea Cuisine (www.seacuisine.com.my).Restoran ini menyajikan masakan thai yang disediakan khas oleh chef yang dibawakan khas dari negara terbabit.

chillies2.jpg

Tarikan utama restoran ini adalah lampu neon yang pelbagai warna yang bertukar mengikut suasana. Hiasan dalaman restoran yang menggunakan tema putih serta dihiasi dengan perhiasan minimalis, menjadikan suasana cukup santai dan yang pasti akan membuka selera anda.

chillies3.jpg

Dengan moto “Simply Thailicious” yang begitu tepat mengambarkan keenakan makanan yang akan menanti anda di restoran ini. Dengan menu yang dipilih khas serta cukup ringkas, ianya memudahkan anda membuat pilihan bila memesan hidangan. Walaupun, namanya lebih bercirikan kebaratan, namun, ianya dijamin hidangan thai yang asli.

chillies4.jpg

Tempat duduk terbaik adalah di ruangan “Al Fresco” yang berbumbungkan langit ketika siang dan anda berpeluang mengira bintang di waktu malam. Bayangkan, bagaimana anda menikmati secawan kopi di bawah langit malam yang indah.

chillies5.jpg

Dengan suasana yang terbaik, menu yang menyelerakan dan harga yang cukup kompetitif, Flying Chillies di The Garden, Mid Valley, pasti menjadi tempat pilihan anda untuk menjamu selera.

chillies6.jpg

2 Comments Add your own

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: