Hanya Satu..Siti Nurhaliza

September 16, 2008 at 3:10 pm Leave a comment

Semalam terlerailah gosip yang mengatakan Dato’ K telah bernikah seorang lagi, iaitu dengan seorang pramugari. Segala kekusutan dan gosip tentang dirinya dan ct telah dijelaskan dengan panjang lebar demi membersihkan nama baik serta hubungan suami isteri antara beliau dengan ct.

Di majlis berbuka puasa anjuran SNP tersebut, Dato’ K menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat semata-mata untuk mengganggu-gugat rumahtangganya bersama ct. Boleh dikatakan 99% masa beliau dihabiskan bersama-sama ct. Mereka berjauhan pun hanyalah untuk sementara dan tidak lama, disebabkan kerja. Justeru, dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.

Ct turut hadir di sisi serta menjelaskan bahawa beliau tidak mencurigai suaminya, malahan beliau mempercayai suaminya itu. Beliau ada bertanyakan suaminya sekadar untuk mendapatkan kepastian dan kebenaran yang dijelaskan telah cukup untuk mereka tidak memperbesarkan perkara itu, malahan mereka tidak bercadang untuk mengambil tindakan atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gosip itu.

 

 

Entry filed under: news. Tags: .

Majlis Buka Puasa Siti Nurhaliza Production ( SNP ) promo:The launch of COLGATE Kayu Sugi Charity Campaign

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: