Slot Seram TV3: Kekasihku Seru

July 23, 2008 at 11:29 pm 3 comments

Bermula esok (dan pada setiap hari Khamis ), slot Seram di TV3 menghidangkan sebuah cereka terbaru berjudul Kekasihku Seru yang akan bersiaran pada jam 9 malam. Ini adalah drama ke-4 menerusi slot Seram di TV3. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh Filmscape dan hasil penulisan skrip oleh Mira Mustafa. Pengarahnya pula adalah Kabir Bhatia.

Barisan pelakon baru dan lama menghiasi drama hebat ini. Antaranya Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umie Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan.

Emelda memainkan peranan sebagai Marisa yang merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal telah membawa Marisa ke alam yang penuh mistik dan pelik.

 Marisa bertemu dengan pasangan adik-beradik Mas Suri ( Umie Aida ), Mas Ayu ( Kuza ) dan Mas Lela ( Rose Iskandar ). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah ibunya. Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris. Siapakah Waris?.

Waris ( Hairi Othman ) telah hidup dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih daripada keturunan Mas Ayu. Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.

Mas Ayu pula  kini Katatonik yang tidak mampu bergerak atau berkata-kata. Waris cuba mempertahankan Mas Ayu demi kepentingannya namun dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris.

Sementara itu, Fizz Fairuz melakonkan watak Rashad, bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau telah kehilangan anak dan isterinya dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, dia mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya. Abangnya mati dibunuh dan Rashad cuba menyelesaikan misteri kematian abangnya yang merupakan mangsa Waris. 

Masihkah ada sinar harapan untuk Marisa menemui kembali keluarga kandungnya?. Berjayakah Mas Suri menghapuskan Waris yang sudah hidup seratus tahun?. Adakah Rashad menerima kelebihan yang dimilikinya atau merupakan satu beban yang perlu ditanggung?. Apakah kaitan cerita-cerita mereka?. Nantikan jawapannya di slot seram Kekasihku Seru, mulai esok jam 9 malam di TV3.

Entry filed under: news. Tags: .

“Impian” New season Wedding Reception- Azura & Shaffique

3 Comments Add your own

  • 1. arfa  |  September 5, 2008 at 9:07 pm

    cite ni memang best gler……buat filem lagi bagus

    Reply
  • 2. FARIS* PeMiNaT SEtIa*  |  October 31, 2008 at 12:52 am

    sAya MeMaNg MinAt DlAm CeRItA inI…sYa PaLInG mInAt DaLaM wAtAk (mArIsA,maS sURI,mAs AyU,WaRiS daN uStAd)…SyA hARaP cERitA INi aKaN DaPat sAmbuTaN Yg hAngEt….SyA MaCaM tAk pUaS MeLIHAtNya…So..BoLeh TAk ULAgi lagi…AtAu pon…KeKaSiHKu SERu 2..SyA hARAP aHmAD IdhaM…dApAt MeMBuAT KeKaSihku seRU 2..lEbIh MeNcAbAR……thAnKS

    Reply
  • 3. FARIS* PeMiNaT SEtIa*  |  October 31, 2008 at 12:55 am

    tApI mAnA UmiE AiDa….tAk Da poN GAmBAr kAT aTAs…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 121,255 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: