“Wulan” @ Slot Arca RTM

July 16, 2008 at 12:43 am 4 comments

Pada hari Isnin yang lalu, bertempat di Hotel Berjaya Times Square & Convention Center Kuala Lumpur telah diadakan sesi beramah mesra denga para pelakon utama drama bersiri Indonesia, “Wulan” di samping majlis menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz bulan Jun 2008.

Bermula 2 Jun 2008, “Wulan” yang bersiaran 146 episod ini telah mengisi slot Arca yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 30 malam menggantikan “Kawin Muda”. Drama bersiri “Wulan” yang disiarkan di RCTI merupakan salah satu program televisyen popular di Indonesia dan menduduki tangga ke-9 dari seluruh rancangan televisyen di negara tersebut.

Hasil tangan Noto Bagaskoro ini memaparkan kisah kegigihan dan ketabahan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan seorang diri setelah ditinggalkan oleh kekasih, kematian ayah dan ibunya di samping menyara dua adik dan neneknya yang telah uzur. “Wulan” adalah sebuah kisah realiti masyarakat yang memberi pengajaran bahawa semua wanita harus menjaga kehormatan diri mereka dan tidak mudah mempercayai lelaki yang belum bergelar suami. Harta dan kekayaan boleh mengaburi mata dan membuat seseorang itu lupa diri.

“Wulan” dibintangi oleh Dhini Aminarti, Giovani L.Tobing, Alice Norin, Kinaryosih, Asmirandah, Rio Reifan, Shireen Sungkar, Cha Cha Frederica dan Aditya Herpavi Rachman.

Bersempena dengan tayangan drama ini, RTM1 mengadakan kuiz Wulan yang pastinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pemenangnya. Menariknya, kuiz Wulan menawarkan hadiah mingguan kepada 10 pemenang, hadiah bulanan untuk 14 pemenang serta hadiah mega kepada 16 pemenang bertuah yang menyertai kuiz ini berdasar soalan yang berkaitan setiap episod drama bersiri Indonesia ini. 

Antara hadiah lumayan dijanjikan kepada pemenang hadiah mingguan termasuklah seutas jam tangan Roscani, pakaian sukan Kronos dan Brooks, Induction Cooker dan baucar makan Restoran Seri Melayu. Sementara hadiah yang menanti pemenang kuiz bulanan ialah pakej percutian ‘Go Holiday-Air Asia’ ke Pulau Bali, penyaman udara Aqua, seutas jam tangan Roscani, percutian ke Teluk Batik Resort, pakaian sukan Kronos dan Brooks serta barangan Oli Collection Sdn Bhd. Pemenang hadiah Mega pula berupa Set Ruang Tamu Brunomenzi, penyaman udara Aqua, mesin basuh, Chest Freezer, Cooker Hood, Oven Toaster, Produk Dapur OAWA dan Oven OAWA.

Pihak Hotel Berjaya Times Square & Convention Center Kuala Lumpur pula menjadi penaja lokasi bagi Majlis Sidang Media Wulan sekaligus melaksanakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz.

Dhini Aminarti dan Giovani L. Tobing

Entry filed under: news. Tags: .

Maya Karin @ Loreal Midvalley “Impian” New season

4 Comments Add your own

  • 1. NORASHIKIN MANSOR  |  September 4, 2008 at 1:01 pm

    hai wulan…..comel la wulan taw…

    Reply
  • 2. nurul ashikin bt ashaari  |  October 8, 2008 at 4:21 pm

    hai…apa kabar wulan yang COMEL!!! saya mau ucapin slamat succes n gud luq!!!remember malaysia always!!!bye…………….

    Reply
  • 3. nurul ashikin bt ashaari  |  October 8, 2008 at 4:32 pm

    hai……u all!!!wulan masih ingat sama sayakan???!!saya cumaz mau say 2 giovani gud luq n succes in life!!!!do de best in your lakonan!!!gud bye…….

    Reply
  • 4. ani  |  October 21, 2009 at 11:42 am

    hai…………………………………….ka gio………………………………….. ni aku ani ,blh kan ka aku pens ma ka2?k2 ko bisa keren sihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.jujur ka2 lbh cocok ma nabila,klu bisa k2 ma ka nabila aja yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. i lope fulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.ka gio gooooooooooood bye

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,397 hits

%d bloggers like this: