“Impian” New season

July 16, 2008 at 3:19 pm 2 comments

“Impian” musim baru yang sedang ditayangkan sekarang di TV3 menceritakan bagaimana Aleeya yang membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dari Australia untuk mencari pengalaman dan memulakan karier dalam bidang kewartawanan.  Bosan dengan kongkongan bapanya, Aleeya lebih berminat bersendirian dengan melayari Internet, tambahan pula kecenderungannya yang mendalam terhadap bidang IT.

Dia juga ingin mengenali lebih dekat tentang keluarga kakak tirinya, Illyana termasuk mendekati Kak Ju dan Kak Faz. Sepanjang di Malaysia, Aleeya bekerja di pejabat Utusan dan bertembung dengan beberapa watak baru iaitu:

Johan Dhani… ( Kamal Adli )

Seorang wartawan yang bekerja di Berita Kuala Lumpur;menjadi teman rapat Aleeya, tersepit antara hubungan romantik ataupun hanya sebagai sahabat baik

Rita… ( Azliana Azizi )

seorang gadis comel dan pendiam yang juga merupakan teman rapat Aleeya

Laila… ( Farah Nadia )

memainkan watak jahat, seorang pembuli yang tidak menyenangi kehadiran Aleeya di pejabat Utusan. kedua individu ini sering bergaduh dan tidak boleh bersemuka

Puan Hani…

Ketua kepada Aleeya, pengarang di pejabat Utusan yang sangat tegas dan suka mengungkit isu-isu baik besar ataupun kecil

Musim ke-3 ini juga turut diserikan dengan penampilan semula Wardina Saffiyah, Junad Mohd Nor, Zoey, Al-Hafiz dan Tiz Zaqyah yang masing2 membawakan watak Kak Ju, Nik, Kim, Kay dan Ika. Turut memeriahkan “impian” musim ini ialah kehadiran istimewa Esma Daniel sebagai Azri dan juga pelakon kacak Ashraf Muslim membawa watak Izham Ali.

Justeru,jangan lupa saksikan ‘Impian” di TV3 setiap hari Isnin-Jumaat, jam 3 30 petang dan siaran ulangan pada hari Sabtu, jam 12 30 tengahari.  

Entry filed under: news. Tags: .

“Wulan” @ Slot Arca RTM Slot Seram TV3: Kekasihku Seru

2 Comments Add your own

  • 1. Along  |  August 25, 2008 at 3:29 pm

    Cute Ar Diana Amir Tu…dah macam artis jepun!!!!!!!!!!!! I LIKE YOU!!!!!aND I SOKONG YOU!!!

    Reply
  • 2. adiesra  |  September 22, 2008 at 5:28 pm

    cite ni best giler………………..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: