Astro Megadrama X-clusive Star

June 27, 2008 at 1:00 am 1 comment

Bertempat di Carcosa Seri Negara telah diadakan Majlis Sepetang Bersama Bintang Eksklusif Astro Megadrama. Pelakon layar perak popular, Erra Fazira dan jejaka versatil Aaron Aziz telah diumumkan secara rasmi sebagai ahli keluarga baru Astro.

Menurut Pengurus Saluran Astro PRIMA ( saluran 105 ), Encik Khairul Anwar Salleh:

“Sejak dilancarkan, kempen Astro Megadrama menawarkan lebih 12 jam kandungan tempatan baru setiap minggu. Kami menjanjikan dan memastikan drama-drama ini mempunyai pengisian yang diwarnai dengan nama-nama besar dalam arena hiburan tanahair, jalan cerita yang padat dan menghiburkan serta kualiti produksi yang bermutu tinggi.  Inisiatif kami diteruskan lagi dengan pelantikan dua anak seni sebagai wajah eksklusif untuk menghangatkan lagi perjalanan kempen ini”

Pemilihan Erra Fazira dan Aaron Aziz sebagai wajah eksklusif Astro Megadrama dinilai berdasar beberapa faktor yang merangkumi bakat, personaliti menarik, populariti serta pengalaman, pencapaian dan sumbangan mereka dalam arena seni tanahair dalam dan luar negara.  Mereka akan diberi mandat untuk menerajui himpunan drama Astro Megadrama sebagai pemegang watak utama drama-drama dan telefilem yang disiarkan tidak kira di Astro RIA ( saluran 104 ), Astro PRIMA ( saluran 105 ) dan saluran2 Bahasa Melayu Astro yang lain.

Astro Megadrama turut memberikan platfom kepada Erra yang terkenal sebagai pelakon layar perak untuk meluaskan pengetahuan seninya ke bidang drama pula, manakala kemampuan dan versatiliti Aaron untuk melakonkan pelbagai watak dilihat sesuai dengan nilai2 kempen ini yang menyediakan kepelbagaian variasi drama. Di samping itu, ini merupakan tanda terima kasih kami kepada pelanggan2 kami yang kini akan mendapat hak eksklusif untuk menonton lakonan drama Erra dan Aaron di saluran2 Bahasa Melayu Astro”

 

Erra kini dalam rangka kerja berlakon drama bersiri “Rona Roni Makaroni” dan telefilem “Joe dan Farida” yang dijangka menemui penonton pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Aaron baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri “Cinta Gila”  dan seterusnya akan menjalani penggambaran satu lagi drama bersiri “Rahsia Hati”.

Entry filed under: news. Tags: .

“AYYAD” @ TV3 SEPI Gala Nite

1 Comment Add your own

  • 1. mazni  |  August 22, 2008 at 3:25 pm

    AWAT AMBIK ERRA NGAN AARON AZIZ.AMBIK LAA RITA RUDAINA NGAN AARON AZIZ.BARU SESUAI…
    RITA LAWA AARON PON LAWA…
    TP,ERRA PON LAWA…
    YANG PALING SESUAI RITA NGAN AARON..
    LAIN KALI AMBIK RITA N AARON(perhatian kpd suma pengarah)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: