Album launch – “Percubaan Pertama” @ Aizat

June 25, 2008 at 8:43 pm 10 comments

Siang tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran album pertama Aizat berjudul ” Percubaan Pertama”  yang diadakan di Rainforest Sports Bar, Pavilion.

Semenjak Julai 2007 yang lalu, Kerjaya Aizat telah diuruskan oleh syarikat miliknya sendiri, iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Melalui syarikat ini, 2 single telah dihasilkan iaitu “Sahabat” dan “Hanya Kau Yang Mampu”. Lagu “Hanya Kau Yang Mampu” mengatasi lagu2 lain dalam pilihan pendengar serta berada di carta teratas radio2 muzik tempatan. Dengan kejayaan itu, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia mengambil inisiatif untuk menghasilkan album “Percubaan Pertama” yang menampilkan 8 buah lagu nyanyian Aizat.

Album “Percubaan Pertama” ini diilhamkan oleh Aizat bersama adik-beradiknya yang juga telah menggalakkan beliau bagi menghasilkan sebuah karya yang mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang diminati bersama.  Malah, Aizat dan adik-beradiknya yang memang telah lama mempunyai minat di dalam bidang muzik telah menubuhkan sebuah kumpulan iaitu d’Amdans yang dianggotai oleh Muhammad Amir, Muhammad Amar, Muhammad Anas, Muhammad Aizat, Muhammad Alif dan kakaknya Nur ILi Zuhair.

Tajuk album “Percubaan Pertama” ini telah dipilih berdasar kepelbagaian ciri pertama yang terdapat dalam album ini. Antara yang menarik tentang pemilihan tajuk untuk album ini ialah; inilah album penuh pertama Aizat yang telah dirakam dan berada di pasaran, lagu2 gubahan Aizat yang pertama kalinya dicipta bersama-sama abangnya, Amar dan Anas diterbitkan serta single pertama Aizat yang turut dimuatkan di dalam album ini. Dari aspek yang tersirat pula, penerimaan album ini oleh para peminat merupakan cabaran utama buat Aizat. “Percubaan Pertama” ini juga merupakan pembuka jalan dan bakal menjadi landasan untuk cubaan ke-2 pula dan seterusnya bagi Aizat.

Penerbitan album “Percubaan Pertama” ini dibiayai sepenuhnya oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE); syarikat bersama keluarga Aizat. KGE juga telah menerbitkan 2 buah muzik video iaitu “Fikirlah” dan “Hanya Kau Yang Mampu”, manakala muzik video untuk “Lagu Kita” kini dalam peringkat perancangan.

Album “Percubaan Pertama” akan berada di pasaran mulai 26 Jun 2008 ini, menampilkan lagu2 hits seperti berikut:

FIKIRLAH ( lagu dan lirik oleh Anas )

HANYA KAU YANG MAMPU ( lagu dan lirik oleh Taufik )

LAGU KITA  ( lagu dan lirik oleh Aizat )

SAHABAT ( lagu dan lirik oleh Taufik )

SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA ( lagu dan lirik oleh Aizat dan Anas )

CINTAI DIRIKU ( lagu dan lirik oleh Aizat )

MELODI CINTA ( lagu oleh Anas dan lirik oleh Amar )

HANYA KAU YANG MAMPU (versi akustik)

 

 

 

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Bowling @Suria FM Media Nite with AF6

10 Comments Add your own

  • 1. mirul  |  July 21, 2008 at 5:28 pm

    aizat sekarang dah kurus……….. suke dgn penampilan beliau…….. harap beliau berjaya dalam industri musik ini………. SEMOGA SUKSES.!!!!! Insyallah saya beli album baru beliau…..

    Reply
  • 2. Megat  |  August 4, 2008 at 7:45 pm

    Dah beli album Aizat..Murah je harga album yang ori..RM21.90 kalo x silap aku..Lagu semua memang best gler n bukannya bahan main tangkap muat..Album ni berkualiti tinggi..Antara lagu best selain lagu Hanya Kau Yang Mampu seperti lagu Lagu Kita,Melodi Cinta n Selamat Tinggal Akhirnya..Lagu lain semua pun syok gak..Jom beli album Aizat yang ori..Sokong Aizat selamanya..Aizat ada bakat walau rupa x seberapa..Kasi Gegar!!

    Reply
  • 3. huda_baek  |  August 22, 2008 at 5:42 pm

    lagu aizat semuanya best2….sye ske lgu aizat – lagu kita n sahabat…

    Reply
  • 4. huda_baek  |  August 22, 2008 at 5:42 pm

    sokong aizat!!!

    Reply
  • 5. chees  |  September 8, 2008 at 6:08 pm

    sgt² best..siyes..congrats aizat!!

    Reply
  • 6. ein  |  November 9, 2008 at 1:06 am

    lagu2 die sume besh!!!

    Reply
  • 7. .ili.  |  December 18, 2008 at 6:42 pm

    awesome..
    i love your voice..
    damn great ok..
    oh i need to buy your album!!
    good luck bro!!

    Reply
  • 8. Nasreen  |  February 6, 2009 at 3:40 pm

    saya suka lagu dia..terutama selamat tinggal akhirnya n fikirlah..sempoi n nice alunan muzik dia..semua lagu dia saya minat giler..hanya kau yg mmpu,lagu kita,melodi cinta,sahabat..awesome!!!i really like his new identity,dah kurus..i really respect him..to aizat-i’ll always support you and your musics..x kira what people says about you,saya x kisah..

    Reply
  • 9. Sapikk  |  April 17, 2009 at 8:05 am

    I love all of aizat song🙂 pretty good

    Reply
  • 10. cLeOpaTra  |  August 9, 2009 at 2:11 am

    sye ske sume lgu aizat nie…pling ske lg MELODI CINTA & LAGU KITA..hope aizat bleh prgi lbey jao lg..go aizat!!!! we’ll always support u..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: