Pc Final Rentak Juara RTM

June 20, 2008 at 3:17 pm 1 comment

Bertempat di RTM telah berlangsungnya sidang media mengumumkan finalis Rentak Juara  di samping hadiah yang ditawarkan. Sidang media dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Meet Uncle Husin. Majlis diacarakan oleh Zed Zaidi.

Program Rentak Juara yang bermula pada tahun 2004 itu bertujuan menonjolkan bakat2 pemuzik secara berkumpulan yang akhirnya memberi peluang kepada bakat2 baru ini melebarkan sayap mereka dalam industri hiburan tanahair. Justeru, rancangan ini menjadi suatu batu loncatan untuk pemuzik2 ini memperkenalkan diri dan muzik mereka kepada khalayak ramai.

Sejumlah RM120,000 menjadi rebutan para peseta yang bertanding dalam pertandingan  akhir Rentak Juara Rhythm of Champions 2008 ( RJROC ) yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 22 Jun di Stadium Malawati Shah Alam. Rancangan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1, jam 9 malam. RM50,000 menanti juara pertandingan ini, manakala RM30,000 untuk naib juara dan RM20,000 untuk tempat ke-3. Hadiah saguhati pula bernilai RM2,000. Kategori Kumpulan Paling Popular akan membawa pulang RM5,000.

Sebanyak 8 kumpulan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan RJROC ini. Setelah mengharungi ujian dan pertandingan pada peringkat awal( yang disertai oleh 414 kumpulan ), akhirnya KARISMA, POETICAL KINGDOM, MALAYSIA ONLINE, AISUNAM, THE BOMBERS, CHERISH 2000, CARBOLIC SMOKEBALLS  dan SEASON JAMMERZ berjaya  membuktikan mereka selayaknya bertanding di peringkat akhir nanti.

Sistem pemarkahan yang telah ditetapkan oleh Ketua Juri merangkap Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail adalah 50% untuk Persembahan, 30% untuk Vokal dan 20% untuk Penampilan. Keputusan pemenang adalah muktamad di tangan pihakjuri profesional tanpa penglibatan undian melalui SMS. Namun begitu, peluang terbuka untuk undian SMS bagi kategori Kumpulan Paling Popular.

Dalam pertandingan akhir itu nanti, kumpulan pemuzik undangan adalah Spider, Meet Uncle Husin, Bittersweet, Hujan serta Fenomena. 

Kepada mereka yang berminat untuk menonton rancangan ini secara langsung dari Stadium Malawati, bolehlah mendapatkan pas2 @ tiket2 percuma di Balai Pengawal, Angkasapuri sejak 17 Jun yang lalu.

 

Entry filed under: news. Tags: .

“I’m Not Single” @ Sountrack “Maggi” Search For STAR

1 Comment Add your own

  • 1. Ghaz  |  October 15, 2008 at 11:01 pm

    Kepada netters semua, Album Aisunam (Juara RTM Rentak Juara/ Juara Malaysia Yamaha AsiaBeat 2008) telah berada di pasaran. Untuk Pesanan Terus, SMS atau call pada Farhan 017-3492191. Bonus Track dari The Federated.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: