“SEPI” Media Preview

June 11, 2008 at 1:03 am Leave a comment

Petang tadi bertempat di GSC 1 Utama telah diadakan sesi pratonton kepada media filem terbaru arahan sutradara,Kabir Bhatia.

Filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) menerusi divisyen kreatif GBSB iaitu Alternate Studio yang berjudul SEPI bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Jun ini. Filem arahan Kabir Bhatia ini masih berpaksikan pada tema cinta (sebagaimana filem arahan beliau sebelum ini,iaitu CINTA ) dijangka akan memikat audien yang mengharapkan kelainan dalam penghasilan karya mainstream tempatan.

SEPI membicarakan tentang kesepian dalam cinta melalui perjalanan 3 cerita, berlatar visual yang hebat dan mainan warna yang menterjemah suasana dan emosi yang dilalui oleh setiap pendukung watak yang terlibat.


Filem ini juga disulami dengan lagu2 dan muzik tema yang memainkan peranan menceritakan mood dan suasana, seperti ‘Jatuh Cinta’ nyanyian Pacai, ‘Puisi Sepi’ nyanyian Baizura Kahar, ‘Kau Ada Dia’ nyanyian kumpulan The Lima dan ‘Sepi’ nyanyian Yuni Shara.

SEPI menyajikan persembahan yang mantap daripada barisan pelakon terkenal tanahair dan pemenang anugerah serta pelakon baru seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusof, Rizman Khuzaimi, Baizura Kahar,Hafiz serta Syed Hussein ( @ Sein, bekas anggota kumpulan Ruffedge).


 
 

 

 

Entry filed under: news. Tags: .

Cornetto sets the stage for Love, Music n Friendship “SEPI” Movie Synopsis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: