Cicakman Comics

June 9, 2008 at 1:34 am Leave a comment

Baru2 ini bertempat di 1Utama telah berlangsungnya satu pelancaran komik pertama keluaran KRU iaitu “Komik Cicakman”. Untuk makluman, sudah menjadi trend di luar negara untuk menghasilkan komik sejak dari tahun 40-an lagi dimana dari sebuah komik kartun dijadikan siri televisyen hebat. “Marvel Comic” telah banyak menerbitkan hero2 yang menjadi ikutan pelbagai golongan iaitu Spiderman, Iron Man dll yang menjadi idola kepada generasi baru.

Berlainan pula di Malaysia, sistem ini masih di peringkat permulaan. Namun ianya tidak menjadi alasan untuk KRU tidak mengambil contoh kejayaan komik2 antarabangsa ini walaupun cicakman dihasilkan dalam bentuk filem terlebih dahulu. Ia menjadi suatu semangat untuk pihak KRU menghasilkan komik cicakman yang dikeluarkan setiap penghujung bulan sebagai satu medium untuk memperkembangkan watak dan ‘universe’ Cicakman.

Dalam ‘universe’ Cicakman bukan hanya menampilkan watak2 yang sedia ada dalam Cicakman 1 seperti Hairi @ Cicakman, Danny, Tania, profesor Klon, Ginger Boys dan situasi kehidupan dalam bandaraya yang bertamadun dan moden seperti Metrofulus; malah komik Cicakman turut menampilkan watak filem Cicakman 2 – “Planet Hitam” seperti Rrama, Miss Chief, Iman dan sebagainya. Bukan itu sahaja, komik ini turut menampilkan watak2 yang mungkin tidak akan dikeluarkan dalam bentuk filem; ianya mungkin akan diadaptasikan ke dalam filem sekiranya mendapat sambutan di masa akan datang.

Sasaran pembeli dan pembaca komik ini lebih kepada kanak2 hingga remaja dalam lingkungan umur 7 tahun dan ke atas.  Namun ianya masih terbuka kepada semua penggemar siri komik kini untuk mencuba mengenali dan memberi peluang kepada komik tempatan.

Komik Cicakman isu pertama  yang bertajuk “Super Glam” walaupun masih baru tetapi telah menddapat sambutan yang luar biasa di kalangan pengedar dengan tempahan awal berjumlah 30,000 naskah untuk edaran di Malaysia, Singapura dan Brunei. Edaran di Malaysia dilakukan oleh KRU sendiri manakala di Singapura dan Brunei diedarkan oleh syarikat media gergasi iaitu MediaCorp Publishing Ptd Ltd.  Pihak KRU juga sedang berunding untuk mengadaptasikan komik Cicakman ini ke tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Indonesia, dan Mandarin untuk diedarkan ke luar negara.  

Harga senaskah Komik Cicakman ialah RM5.90 di Malaysia manakala di Brunei BN$2.90 dan Singapura ialah SGD2.90. Edisi pertama komik ini telahpun berada di pasaran pada 26 mei 2008. Dalam setiap naskah komik ini turut dilampirkan borang langganan untuk pembeli memperoleh edisi komik yang akan atau telah dikeluarkan secara pos.

P/S: Pengedar yang berminat menjadi sebahagian daripada pengedar komik Cicakman boleh menghubungi pihak KRU melalui email marketing@krutstudios.com.

 

 

Entry filed under: news. Tags: , .

Astro Megadrama- June 08 Cornetto sets the stage for Love, Music n Friendship

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: