Pc @ ASTRO’s New Programmes

May 16, 2008 at 8:27 pm 2 comments

Semalam bertempat di Hotel Hilton telah diadakan satu sidang media pelancaran program2 baru Astro yang bakal disiarkan di saluran berbahasa Melayu- Astro RIA ( saluran 104 Astro ) dan Astro PRIMA  (saluran 105 ASTRO ).

Tiga buah rancangan baru dilancarkan pada majlis yang ringkas tetapi meriah itu;akan bersiaran selepas tamatnya program Akademi Fantasia.  Dua buah program gameshow baru iaitu Jangan Lupa Lirik dan Bolos  yang menitikberatkan aspek bakat, ketajaman minda, kekuatan memori dan kemahiran pasti akan menghangatkan hari2 anda!

Jangan Lupa Lirik menampilkan pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi  sebagai pengantara dan menawarkan ganjaran RM1Juta kepada pemenangnya. Bolos pula akan dikendalikan oleh bintang kelahiran program realiti ASTRO, iaitu Zizan ( Raja Lawak ASTRO Musim 2 ).

Nabil, Juara Raja Lawak Astro Musim 2, tampil dengan program komedi spontan- Fikirlah Sendiri Nabil di saluran Astro PRIMA. program ini mempunyai cabaran untuk memperkenalkan arena “stand-up” komedi di kalangan rakyat Malaysia.

Setelah tamatnya AF, program bual bicara popular AC Di Sini yang dihoskan oleh AC Mizal  akan disiarkan kembali di Astro RIA.

Untuk tontonan menyeluruh dan efektif setiap hari, Astro telah mengambil inisiatif untuk merancang jadual setiap program yang disiarkan. Astro memperkenalkan sistem “temujanji” bagi kemudahan pelanggan2nya untuk mengikuti program2 yang ditawarkan. Jadual temujanji yang telah dirancang untuk penonton, bermula 25Mei adalah seperti berikut:

Isnin hingga Khamis ( 9 mlm )     Astro RIA          BOLOS

Jumaat                      ( 6 ptg )       Astro RIA          AC Di Sini

                                 ( 9 mlm )    Astro PRIMA      Fikirlah Sendiri Nabil

Sabtu & Ahad            ( 9 mlm )    Astro RIA          Jangan Lupa Lirik

 

Entry filed under: news. Tags: .

Erra Fazira@ Xclusive with ASTRO Prize Giving Ceremony @ ABPBH07

2 Comments Add your own

  • 1. NURHAIFABTABDUL  |  July 31, 2008 at 3:40 pm

    hai buat apa

    Reply
  • 2. NURHAIFABTABDUL  |  July 31, 2008 at 3:43 pm

    saya suka gambar ini sungguh…………………menyeronokkanini * saya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: