‘Apa Kata Hati’ Pc

May 10, 2008 at 6:53 am Leave a comment

Apa Kata hati diterajui oleh Raja Farah bersama Dynas, Farid Kamil, Awie, Awal Ashaari, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, AC Mizal, beserta 17 pelakon ‘cameo’  iaitu  Rosyam Noor, Sofea Jane, Erma Fatima, Umie Aida, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Mamat Khalid, Shaharuddin Thamby, Radhi Khalid, Nasir Jani, Syanie, Joanne Kam Po Po, Mek (Salam Pantai Timur), Murali Abdullah, Mila, Dafi AF5 dan Farha AF5.

Apa yang menarik tentang filem ialah ia menampilkan ‘ come back’ Fauziah Ahmad Daud selepas 14 tahun tidak muncul di layar perak. Untuk rekod, filem terakhir lakonan beliau sebelum Apa Kata Hati adalah  Simfoni Cinta arahan M. Nasir pada tahun 1994. Penyanyi Awie juga muncul sebagai lelaki lembut dalam filem arahan Saw Teong Hin terbitan Tayangan Unggul ini. Kos pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak RM1.4j.

“Tanpa kesedihan, tiadalah kegembiraan di akhirnya”. Itulah pegangan Elly  (Raja Farah) dalam percintaan. Elly, seorang pereka fesyen muda adalah seorang gadis yang ceria dan sentiasa berfikiran positif. Elly mempunyai seorang kekasih hati bernama Aidil (Farid Kamil) . Elly benar2 yakin bahawa Aidil adalah jodohnya. Linda (Dynas), kawan baik Elly sangat menyampah dengan Aidil. Riezman (Awal Ashaari), bos Elly pula menaruh hati terhadap Elly. Sehinggalah pada suatu hari Elly menyedari dia boleh mendengar suara hati lelaki. Elly dapat mengetahui kesemua rahsia mereka… Apakah ini anugerah atau sumpahan? berjayakah Elly membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati?

Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan kemunculan filem  Apa kata hati?  bermula 29 Mei 2008 di pawagam berdekatan anda.

 

 

Entry filed under: news. Tags: .

PBANK launch “Cinta ku Cinta mu” A Nite with Anuar Zain( 2 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: