signing ceremony- CELCOM n TM with MPB for EURO 2008

May 5, 2008 at 11:35 pm 1 comment

Bertempat di Menara Celcom telah diadakan majlis menandatangani antara sykt telekomunikasi terkenal di Malaysia, Celcom, Kumpulan TM dan Media Prima Berhad (MPB). Masing – masing di wakili oleh Dato’ Sri Shazalli Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif  Celcom- Malaysia), Puan Zainab Hashim ( Naib Presiden, Integrated Marketing Division,kumpulan TM ) dan Dato’ Seri Farid Ridzuan ( Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPB) .

Bertemakan “Sorakan Emosi”, MPB bakal menyiarkan perlawanan EURO 2008 secara siaran langsung dan siaran tertunda. Demam EURO 2008 telah mula dirasai menerusi beberapa program menarik oleh rangkaian televisyen MPB seperti Soccer Kids, MHI dan Scoreboard di TV3, Breakfast Show di NTV7,Quickie di 8TV, manakala program istimewa pula disediakan sepeti Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan Sorak-sorak di TV3 sepanjang bulan Jun.

Pihak Celcom amat berbangga kerana dapat bergabung dengan pihak MPB sebagai penaja rasmi televisyen EURO 2008. Pihak Celcom akan memperkenalkan pelabagai tawaran eksklusif yang bakal diumumkan tidak lama lagi, disamping menawarkan pelbagai muat turun eksklusif EURO 2008 di Channel X, Saluran Mobiliti Interaktif Maksimum. Para pengguna boleh mengakses Channel X di www. channelx.com.my atau mendail *118# dari telefon bimbit. Celcom juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di pesta tayangan yang akan diadakan untuk perlawanan-perlawanan besar EURO 2008.

Pihak TM pula menjadi rakan rasmi online untuk UEFA EURO 2008 di Malaysia. Sebagai rakan online, pihak TM akan memberikan ‘live streaming’  perlawanan EURO 2008 secara percuma kepada rakyat Malaysia menerusi portal kandungan video online TM yang dikenali sebagaiHypp.tv. Peminat bola sepak  EURO 2008 di Malaysia boleh menyaksikan kandungan percuma secara langsung di Hypp.tv menerusi komputer peribadi, komputer riba, PDA atau sebarang peranti lain. 

 

 

Entry filed under: news. Tags: .

Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) The GANGS Are Back

1 Comment Add your own

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: