SITI NURHALIZA PASTI MENANTI AIM.

April 29, 2008 at 9:46 am Leave a comment

Diva pop popular Malaysia, Siti Nurhaliza, pasti menanti ketibaan Anugerah Industri Muzik (AIM) hujung minggu ini. Ini kerana, lagu nyanyiannya Menanti Pasti, dari album runut bunyi Kayangan tercalon sebagai 5 finalis bagi Lagu Terbaik AIM tahun ini.

Ketika satu temubual eksklusif bersama Siti Nurhaliza, di Suite Darby Park, Jalan Ampang anjuran Raden Pictures, Siti menaruh keyakinan cukup tinggi dengan lagu berkenaan. Jika sebelum ini lagu Menanti Pasti telah menjadi Lagu terbaik di Anugerah Planet Muzik baru-baru ini, maka, sekali lagi tidak mustahil lagu ini akan mengulangi kejayaan itu.

Siti ditanya apakah kekuatan lagu Menanti Pasti, dari runut bunyi Kayangan itu, beliau menjawab ” Lagu ini mempunyai kekuatan sendiri. Ianya mempunyai elemen kekuatan tersendiri. Kelebihan dari segi melodi dan lirik serta susunan muzik. Selain dari itu, saya memberikan seluruh ‘mood’ dalam menyampaikan lagu ini,” terang Siti ketika memakai selendang berbunga hijau petang itu.

Selain dari itu, pihak media juga menanyakan apakah kesukaran dalam mendendangkan lagu ini, Siti menjawab “Lagu ini mempunyai tempo yang begitu perlahan. Selain dari itu, Siti juga memerlukan pelbagai teknik berbeza dalam menyampaikan lagu ini.”

Untuk rekod, album runut bunyi ini mengandungi kompilasi beberapa buah lagu terdiri dari artis-artis ternama tempatan seperti Ajai, Tengku Mimi dan Siti Nurhaliza sendiri. Ketika merakam album runut bunyi ini, Siti Nurhaliza merupakan artis terakhir merakamkan lagu, tetapi yang paling cepat disiapkan. Sementara itu, Siti juga ditanya kenapa beliau tidak memuatkan lagu ini di dalam album terbarunya, Hadiah Dari Hati, Siti menjawab “Lagu ini (Menanti Pasti) siap selepas album Hadiah Dari Hati sudah peringkat proses akhir. Lagi pun lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi Kayangan. Jadi, ianya sudah diputarkan dulu di corong radio sebelum album Hadiah Dari Hati dipasarkan.”

Pihak media juga bertanya, bilakah Siti akan mengeluarkan album terbaru, beliau menjawab “Bulan Mei atau Jun ini Siti akan mula memasuki studio untuk album terbaru. Tapi kali ini album tersebut lebih berentak etnik kontemporari, tidak terlalu tradisional atau terlalu moden,” tambahnya lagi “Material semuanya sudah ada. Siti juga berbangga kerana mendapat sebuah lagu dari Katon, komposer Indonesia dan Siti sudah siap merakamkan lagu tersebut.” “Selain itu, Siti telah mendapatkan karya dari komposer-komposer popular tanahair seperti Zubir Ali, Ajai, Fauzi Marzuki, M.Nasir, Zul Mahat, Abot dan Radhi OAG,” tambah Siti lagi. Album terbaru Siti dijangka akan memasuki pasaran penghujung tahun ini.

Siti Nurhaliza juga ditanya adakah dia menerima tawaran untuk berlakon dalam persembahan teater P.Ramlee The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Mei ini. Siti menjawab ” Untuk seketika, Siti ingin berehat dulu. Siti rasa seronok berlakon teater. Tetapi untuk teater, Siti perlu meluangkan masa sehingga 60 hari sebelum pementasan. Jadi ia telah memakan masa dan memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Jadi untuk teater P.Ramlee The Musical ini, biarlah orang lain mengantikan tempat Siti.” Selain dari itu, Siti juga tidak mahu menerima tawaran dari hotel-hotel sekitar ibukota untuk mengadakan persembahan Minggu Setiausaha kerana ingin berehat.

Selain dari itu, untuk tahun ini, Siti dalam perancangan untuk mengadakan konsert secara besar-besaran. Siti juga telah dipelawa untuk mengadakan ‘road tour’ di lapan tempat sekitar Indonesia, namun, Siti masih memikirkan tawaran itu. Untuk rekod, Siti Nurhaliza baru pulang dari mengadakan Konsert Akoustik di Kota Singa baru-baru ini.

Pihak media juga bertanya tentang persembahan Siti sekarang ini agak kurang bertenaga dari dahulu. Ini kerana dalam beberapa persembahan kebelakangan ini, stamina Siti kelihatan agak berkurangan dan tidak seperti dulu. Siti menjawab “Memang benar, mungkin stamina Siti tak seperti dulu. Ini kerana, jika dulu, Siti berlatih hampir setiap hari. Namun, semenjak berumahtangga ini Siti terpaksa mengagihkan masa untuk suami, kerja rumah dan karier Siti. tapi, Siti berjanji akan memberikan persembahan terbaik dan bertenaga setiap kali berada di pentas, InsyaAllah.”

Siti juga ditanya mengenai kakaknya, Saida, baru-baru ini terkeluar dari Akademi Fantasia 6. Bagi Siti, mungkin rezeki Saida sudah sampai situ sahaja. Namun bagi beliau, amat bersyukur kerana dapat melihat Saida seperti tidak selesa berada di sana. Dan mengenai kerjaya Saida dalam bidang nyanyian, Siti menjawab “Jika kak Saida benar-benar ingin menyertai dunia hiburan, Siti akan berikan sokongan. Namun bagi Siti (dan syarikat Siti Nurhaliza Production) belum boleh membuat apa-apa rancangan kerana dia masih berada di bawah Maestro.”

Dalam pada itu, Siti juga dicuit soalan mengenai imej bertudung dirinya yang sering menjadi pertikaian peminat, Siti membalas “Secara jujur, berilah Siti ruang dan masa untuk betul-betul bertudung. Ini kerana bagi Siti, sekarang Siti tidak bertudung tetapi lebih kepada imej berselendang. Sebenarnya, Siti berada dalam persimpangan apabila jika Siti bertudung litup, nanti ada sesetengah pihak mengatakan suara Siti aurat. Jadi bagi Siti, biarlah semua peminat memberikan masa dan ruang.”

Untuk persembahan Siti pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) Jumaat ini, beliau akan mengadakan persembahan bersama-sama Dayang Nurfaizah dan Atillia. Mereka akan memilih sebuah lagu popular sepanjang 25 tahun industri muzik Malaysia.

Siti Nurhaliza juga ditanya kenapa sejak kebelakangan ini, suaminya, Dato’ K, kurang kelihatan bersama Siti di majlis-majlis. Adakah ada perselisihan di antara mereka, beliau menjawab “Sebenarnya jangan salah faham, Tiada apa-apa yang tidak kena. Cuma Siti dan suami Siti (Dato’ K) rasakan adalah wajar jika menjalankan tugas masing-masing. Siti sebagai penyanyi dan dia sebagai ahli perniagaan. Kadangkala, suami Siti agak malu apabila mengikut ke majlis-majlis kerana bakal menjadi bahan gurauan,” tambah Siti sambil ketawa ketika menjawab soalan terakhir pada petang itu.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: , , , , .

GSC Alamanda Putrajaya @ Evolusi KL Drift Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: