‘Dewi Cinta’ A Synopsis.

March 28, 2008 at 11:04 am Leave a comment

Drama bersiri ‘Dewi Cinta’ mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Dewi yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan kemewahan. Kehidupan Dewi hanyalah bersama ayah dan ibunya, sehinggakan dia tidak suka berkawan dan menganggap dirinya sahaja betul berbanding orang lain. Sikapnya berterusan sehinggalah dia diterima melanjutkan pengajian ke menara gading.

Di kolej, Dewi tidak mempunyai ramai rakan. Namun, setelah kehadiran Nizam, Dewi mula merasai sesuatu. Akhirnya mereka bercinta dan Dewi menyayangi Nizam sepenuh hatinya. Kebahagian Dewi sedikit tercalar apabila ibunya, Asyira, disyaki menghidap barah payu dara. Di saat Asyira bertarung nyawa untuk pulih, hadir pula Maisarah, ibu tunggal memberikan kata-kata semangat, namun kehadiran Maisarah tidak disenangi oleh Dewi. Selepas beberapa bulan Asyira meninggal dunia, Maisarah telah dilamar oleh bapa Dewi, Kasim. Orang pertama yang menghalang perhubungan tersebut adalah Dewi serta Yusri iaitu anak tunggal Maisarah.

Kebencian Dewi semakin bertambah apabila ‘terjumpa’ Tasha iaitu seorang pelayan kelab malam yang merupakan rakan Maisarah ketika muda. Demi dendam, Tasha cuba memburukkan nama Maisarah di depan Dewi dan Kassim. Namun, perkahwinan Kasim dengan Maisarah tetap diteruskan. Akibat kecewa dengan keputusan ibunya, Yusri pula membawa diri ke luar negara.

Selepas tamat pengajian, Dewi dan Nizam berkahwin. Kemudian Nizam dan Dewi diterima bekerja di syarikat perumahan terkenal. Di pejabat, semua pekerja memuji Nizam kerana melayan Dewi dengan baik dan romantik. Hakikatnya, apabila berada di rumah Dewi dilayan seperti wanita kelas kedua oleh Nizam, dan semua perbuatannya tidak pernah dihargai. Malah, Nizam sanggup membiarkan Dewi melahirkan kedua-dua anak mereka bersendirian. Semenjak itulah, Maisarah menjadi tempat Dewi mencurah perasaan dan buat pertama kalinya, Dewi memanggil Maisarah dengan panggilan ‘ibu.’

Tasha tidak senang dengan perkembangan tersebut dan berusaha untuk memusnahkan keluarga Maisarah. Muncul Linda, anak saudara tasha menggoda Nizam dan akhirnya Dewi diceraikan tanpa belas kasihan. Selepas menikahi Linda, Nizam pula disahkan menghidap barah otak yang kronik. Linda tidak mahu menanggung beban, lalu meminta cerai dan meninggalkan Nizam bergelut dengan penyakitnya sendirian.

Nizam mula berasa kesal dan bayangan Dewi mula kembali di dalam mindanya. Dewi pula hidup bahagia bersama Ramli, lelaki yang selalu mengambil berat mengenai dirinya. Namun, setelah mendapat berita mengenai penyakit Nizam, Dewi mula keliru dengan rancangan hidup bersama Ramli atau mahu kembali semula kepada Nizam, lelaki yang amat dikasihi dan juga merupakan ayah kepada kedua anaknya. Adakah Dewi memilih untuk kembali bersama Nizam dan seterusnya melupakan Ramli, lelaki yang abru bertakhta dihatinya?

Ikutilah pergolakan hidup Dewi, pengorbanannya sebagai siteri dan anak yang akan muncul di kaca TV tidak lama lagi. Hanya di RTM 1.

PELAKON:

DEWI

Lisdawati

NIZAM

Fauzi Nawawi

KASIM

Saharuddin Thamby

MAISARAH

Fadilah Mansor

ASYIRA

Rozie Rashid

TASHA

Rosnah Mat Aris

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , .

‘Dewi Cinta’ A New Series Drama. ‘Dari Mata Arisa’ A Series.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: