Celebrates This Mother’s Day At Kunang-Kunang With Special Appearence By Khatijah Ibrahim.

March 28, 2008 at 11:10 am Leave a comment

khaty1.jpg

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang Mei nanti, restoran yang bertemakan dalam taman, Kunang-Kunang dengan kerjasama Rasa Music, mempersembahkan majlis minum petang (Hi-Tea) bersama-sama Khatijah Ibrahim pada Ahad, 11 Mei 2008 pada pukul 3.00 hingga 6.00 petang.

Dalam majlis sidang media baru-baru ini, pihak penganjur merasakan adalah wajar mewar-warkan mengenai sambutan ini lebih awal kerana memberi peluang kepada mereka yang ingin menyertainya, membuat perancangan lebih awal. Dalam majlis yang bakal diadakan itu, banyak acara istimewa yang akan diadakan seperti pertunjukan fesyen muslimah yang akan diacarakan oleh personaliti TV9, Farrah Adeeba, peraduan ibu anggun, peraduan wajah seiras, cabutan bertuah dan semestinya persembahan oleh penghibur yang terkenal iaitu Khatijah Ibrahim.

khaty6.jpg

Mengenai persembahan pada petang itu, penyanyi yang telah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni suara ini, Khaty, akan menyampaikan sekitar 10 hingga 12 buah lagu dengan durasi lebih sejam serta bergantung kepada permintaan oleh hadirin yang hadir.

Pihak penganjur menyeru agar menjadi hari ibu sebagai satu hari untuk kita menghargai jasa ibu. Ibu adalah segala-galanya bagi kita. Dia melindungi dari bahaya dan merangkul kita bila dalam keresahan. Jadi bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai, maka, sama-samalah raikan hari ibu di restoran Kunang-Kunang dengan persembahan istimewa dari Khatijah Ibrahim.

 khaty2.jpgkhaty3.jpgkhaty4.jpgkhaty5.jpg

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , .

‘Dari Mata Arisa’ A Series. A Nite With…Anuar Zain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: