A Nite With…Anuar Zain

March 28, 2008 at 11:13 am 2 comments

anuarzain.jpg

Dengan bertemakan ‘Glamorous,’ sekali lagi Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd membawakan satu persembahan esklusif dan cukup istimewa iaitu, A Nite With…Anuar Zain. Bagi pihak penganjur, setelah melakar sejarah tersendiri di ‘Malam 1001 Gemilang’ pada Disember tahun lalu, mereka berharap agar acara kali ini akan lebih berjaya dan mendapat sokongan para peminat. Majlis yang akan berlangsung pada 2 Mei 2008 ini akan bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

A Nite With…Anuar Zain ini merupakan projek pertama, syarikat milik Edry Hashim ini untuk tahun 2008, di mana mereka telah memilih Anuar Zain kerana keistimewaanya yang tersendiei sebagai penyanyi dan penghibur lelaki terbaik tanah air. Selain dari itu, dalam mengangkat martabat penyanyi-penyanyi tanah air, adalah wajar bagi mereka secara jujur dan telus, menjadikan acara-acara seperti ini dalam memartabatkan dan menghargai mereka.

Sesiapun tidak dapat menafikan karisma serta aura yang dimiliki oleh Anuar Zain, khususnya bagi peminat-peminatnya yang tidak putus memberikan dorongan dan sokongan untuk beliau mengharungi dunia seni tanahair. Anuar yang akan menyampaikan 17 hingga 19 buah lagu mengikut permintaan peminatnya, akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang akan diketuai oleh Mac chew dengan senarai lagu seperti Lelaki Ini, Ketulusan hati, teman Terulung dan banyak lagi. Namun, apa yang menariknya, semua lagu yang akan disampaikan oleh beliau adalah dalam bahasa Melayu, bertujuan memartabatkan dan mengangkat bahasa itu setaraf dengan bahasa utama lain dunia.

Menurut pengarah urusan Sutra D’Mega, Encik Karl Asmawi, acara yang akan diadakan ini diharap akan mencapai objektifnya iaitu untuk mengeratkan silaturrahim di antara peminat dan artis selain dari memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya peminat Anuar Zain sendiri untuk mendalami dan menghayati nilai dan kefahaman yang terkandung dalam lagu-lagu yang disampaikan.

Menurutnya lagi, dengan kemenangan yang dikecapi Anuar Zain seperti Anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Penyanyi Baru Terbaik dan sebagainya di dalam beberapa buah majlis anugerah, secara tidak langsung meletakkannya di kelas yang tersendiri dalam industri muzik tanahair.

Bagi Sutra D’Mega, mereka memilih Anuar Zain kerana beliau mempunyai pakej yang lengkap dan berupaya menghiburkan tetamu dari segenap lapisan usia selain dari mempunyai aura tersendiri ketika mengadakan persembahan di pentas dan yang paling utama, komunikasi dan interaksi antara beliau dan peminat yang cukup mengasyikkan.

 anuar2.jpg

anuar1.jpg

anuar3.jpganuar4.jpg

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , .

Celebrates This Mother’s Day At Kunang-Kunang With Special Appearence By Khatijah Ibrahim. No Restriction On Good Entertainment, PAS

2 Comments Add your own

  • 1. julie faralisa  |  June 3, 2009 at 3:32 pm

    satu konsert yang amat menarik dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan sutra d mega and entertainment kerana berjaya menjayakan konsert ini ,, diharap konsert seperti ini dapat diadakan lagi dan ini bukanlah projek terakhir sutra d mega,,,,

    Reply
  • 2. krizz  |  June 11, 2009 at 3:37 am

    me encantaria conocerte soy tu fans por fabor si ves esto devuelvelo

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: