Launching of International Year of The Reef 2008

March 12, 2008 at 2:36 am Leave a comment

Bertempat di One Utama Shopping Centre telah diadakan majlis Pelancaran Pameran Terumbu Karang Antarabangsa 2008 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Taman Laut. Ketua Setiausaha Kementerian tersebut iaitu Y.Bhg Datuk Suboh Bin Mohd Yassin telah merasmikan majlis yang dihadiri juga oleh Abd Rahim Gor Yaman (Ketua Cawangan Perancangan dan Pembangunan Jabatan Taman Laut).

Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan Maya Karin sebagai Duta Terumbu Karang Antarabangsa 2008 (IYOR 2008). Menurut Maya penerimaannya sebagai duta bukan atas niat untuk mengejar populariti, tetapi atas dasar menyukai dan menyintai alam sekitar termasuk hidupan marin. tambahnya lagi sejak kecil seawal usia 4 tahun, dia didedahkan oleh keluarga tentang perbagai aktiviti seperti snorkling, selam skuba, berbasikal, memanjat bukit dan berenang. Justeru dia dengan senang hati menerima tawaran yang diakuinya dilakukan secara sukarela.

Berkaitan kesedaran tentang kepentingan menjaga hidupan marin,menurut Maya ia perlu dipupuk sejak kecil kagi dan berperanan sebagai duta, dia akan mendekati golongan kanak-kanak dan pelajar dalam rangka lawatan atau ‘rodshow’ yang akan ditentukan kemudian.

Datuk Suboh mengatakan bahawa Malaysia yang mempunyai 917 Spesis terumbu karang dengan 367 spesis di Semenanjung dan 550 spesis di Sabah dan Sarawak, akan musnah jika tiada kesedaran di kalangan rakyat untuk memulihara dan mengekalkannya sebagai warisan negara. kempen kesedaran dilancarkan dengan slogan “Terumbu Kita, Warisan Kita, Tanggungjawab Kita”. Tambahnya lagi;

“Terumbu Karang ini mempunyai nilai dan pasaran besar dalam ekonomi negara, sistem ekologi serta nilai sosial. ia boleh menjadi sumber dalam bidang perubatan dan makanan. Jika habitat ini musnah, spesis terancam ini akan pupus, sekaligus merugikan negara kerana ia warisan tidak ternilai”.

reefmaya-3.jpg

reefmaya.jpg

reefmaya-6.jpg

reefmaya-4.jpg

reefmaya-1.jpg

reefmaya-5.jpg

Entry filed under: news. Tags: , , , , , , , , , .

Duyung The Movie- KL Sentral Roadshow Secretaries’s Week With Dayang Nurfaizah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: