VICE VERSA:THE DIFFERENCE PERSPECTIVE

March 10, 2008 at 12:56 pm 3 comments

azizmosman.jpgjason.jpgfahrinahmad.jpg
VS
aliahlee.jpgabbyabadi.jpgumieaida.jpg

Drama bersiri terbaru terbitan Ace Motion Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada 11.00 malam setiap selasa, Vice Versa, bakal merungkai interpretasi yang berbeza di antara dua jantina, di mana penonton dapat melihat erti kehidupan dari pelbagai perspektif.

Vice Versa merupakan sentuhan sutradara terkenal, Aziz M. Osman yang akan membariskan bintang-bintang terkenal seperti Fahrin Ahmad, Jason Chong dan Aziz M. Osman sendiri, manakala turut dibantu oleh Umi Aida, Abby Abadi dan Nor Aliah Lee.

Vice Versa mempunyai keunikan tersendiri di mana penonton dapat melihat bagaimana sesuatu situasi itu dari sudut pandangan lelaki dan wanita.Ini membolehkan penonton dapat menilai sesuatu situasi setelah meneliti pandangan dari kedua-dua belah pihak.

Drama ini mengisahkan kehidupan Johanna (Umi Aida), seorang wanita yang mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah, walaupun Rudi (Fahrin Ahmad) inginkan dia menjadi seorang isteri mithali. Atas ingin memastikan kerukunan rumah tangganya, Johanna semakin rajin membuat kerja rumah serta cuba mengimbangi dengan tugasan di pejabat. Namun, dia tidak mampu memberikan fokes kepada kedua-duanya sehingga menyebabkan tugasan di pejabat terganggu.

Selain dari itu, Norin (Abby Abadi) dan Alex (Jason Chong) merupakan pasangan ideal dan contoh kepada rakan-rakan, namun disebalik keindahan alam rumah tangga, mereka menghadapi masalah dengan ibu Alex. Konflik bermula apabila ibu Alex berasa kurang senang, setelah anaknya memeluk islam dan menukar namanya. Pengorbanan besar Alex telah menyebabkan ibunya, membenci Norin. Masalah menjadi lebih teruk apabila, ibu Alex datang bermalam di rumah mereka. Dia dengan sengaja mencari masalah dan cuba menyebabkan Norin berasa tidak selesa. Ini telah menyebabkan Alex terpaksa membuat pilihan, untuk memihak kepada ibunya atau kepada isteri yang dicintai.

Sementara itu, Misya (Aliah Lee) dan Yusri (Aziz M. Osman) telah memilih haluan masing-masing, setelah mahligai yang dibina hancur di tengah jalan. Akan tetapi, disebabkan Yusri sukar mendapat tawaran berlakon dia terpaksa bergantung hidup kepada bekas isterinya. Misya terkilan dengan sikapnya itu, kerana Yusri bukan sahaja tidak memberikannya nafkah bahkan duit untuk perbelanjaan anak mereka. Tekanan hidup Misya semakin hebat apabila pembantunya yang berkerja di salon ingin berhenti apabila tidak menerima gaji selama 3 bulan. Bagi mengurangkan bebannya, Misya telah berbincang dengan Yusri, namun semakin bertambah pulak penderitaan mereka.

Apabila lelaki dan wanita menjalinkan hubungan perasaan, bukan sahaja suasana gelak dan tawa yang menjadi teman, namun susah payah dan derita juga mewarnainya. Dapatkah mereka mengharungi suka duka tersebut sambil mengenali dan memahami pasangan masing-masing?

Satu kisah yang dibahagikan kepada dua episod iaitu Vice Versa 1 dari sudut pandangan perempuan serta vice versa 2, dari sudut pandangan lelaki, ini memberikan satu perspektif yang berbeza. Jangan lupa saksikan kesudahan kisah mereka bermula 18 Mac 2008, pukul 11 malam, hanya di TV3.

viceversa-2.jpg

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , , , .

Hari-hari terakhir Berkempen Press Conference For So You Think You Can Dance Season 2

3 Comments Add your own

  • 1. Pipertf  |  March 26, 2008 at 4:17 am

    thank you, brother

    Reply
  • 2. na  |  May 15, 2008 at 5:18 pm

    REALITI, TAK RAMAI LELAKI MENGALAH MCM RUDY.KES CERAI BERAI BYK DISEBABKAN LELAKI EGO

    Reply
  • 3. Ina  |  May 15, 2008 at 5:23 pm

    MCMN HENDAK BERHUBUNG DGN FAHRIN? BOLEH E-MEL TERUS KEPADANYA?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: