“Patung Kertas” Tampil Kelainan.

March 7, 2008 at 7:14 pm 2 comments

Naskah terbaru dari pengarah teater tersohor tanah air, Lokman Ghani, menampilkan satu kelainan yang cukup ketara. Teater muzikal yang diangkat dari hasil skrip Wahid Nasir, mengisahkan tentang dunia pahit, manis, pahit dan kelat sekumpulan manusia yang digelar sebagai patung kertas atau lebih dikenali sebagai “Paper Doll”

Ia bermula dengan perhubungan akrab antara Abang Long (Lakonan Jalaludin Hassan) dengan Adik Chu, Kerry, Syam dan ramai lagi. Mereka melakukan kebajikan dalam kumpulan ‘Patung Kertas’ yang mempromosikan primadona hitam putih dalam setiap persembahan mereka.


Patung kertas 1

 

Pergolakan dunia patung kertas yang penuh dengan suka duka ini bagaimapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang penari baru dari dalam kumpulan itu, tidak disenangi oleh seseorang. Tidak setakat itu sahaja, perebutan kawasan ‘berniaga’ juga menjadikan suasana tegang dan ada antara golongan patung kertas ini tidak sebulu malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.

Disebalik kekalutan itu, Ebby Yuss, seorang pemuda yang berniaga secara kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘perniagaan’ patung kertas ini turut dibabitkan oleh kumpulan terbabit. Kenapa Ebby pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya.

Teater muzikal ini juga menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long yang ingin berkahwin dengan kekasih lamanya. Sementara itu, apakah kebajikan yang dilakukan oleh patung kertas kepada seorang kanak-kanak yang mengidap barah?

Teater yang membariskan pelakon terhebat tanahair seperti Dato Jalaluddin Hassan sebagai Abang Long, Adik Chu dilakonkan oleh Along Fariz, sementara pelakon kacak Ashraff Muslim membawakan watak Kerry sementara dibantu oleh Zuhairi Ibrahim, Aishah Atan, Ebby Yus, Syed Wafa, Shajiry dan ramai lagi serta penampilan khas oleh Ika Fancy Group, pasti meruntun perasaan dan jiwa anda bila menontonnya.

 Patung Kertas 2

Teater muzikal Patung Kertas pasti akan membawa satu kelainan dan memberikan satu perspektif baru kepada peminat-peminat teater. Bagi mereka yang ingin mengetahu kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan teater ini bermula 25hb April – 30hb April di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Tiket-tiket pada harga RM 30 dan RM 50 boleh didapati di http://www.ticket2u.biz atau hubingi 03-4149 8600.

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Siti Nurhaliza Berkempen Untuk Barisan Nasional? Parti Musim Panas The Flying Chillies.

2 Comments Add your own

  • 1. hani  |  April 23, 2009 at 2:03 pm

    kenape muke lain sangt abg asraf? x hensem ar…… nanti x rmai peminat…… but i always like u…… n_n

    Reply
  • 2. nadia mohd ali  |  August 16, 2009 at 11:51 pm

    saya nak cari Helmi anak pada en. wahid nasir…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: