Ulasan 10,000 BC

March 6, 2008 at 10:49 am Leave a comment

Setelah membawa filem berkaitan kepentingan manusia menjaga alam sekitar di dalam The Day After After Tomorrow dan bagaimana pentingnya manusia menjaga alam sekitar dalam Independence Day, serta bagaimana kesan kemusnahan akibat senjata nuklear ke atas sistem ekologi dalam Godzilla, sekali lagi Roland Emmerich memaparkan kisah yang penuh nilai kemanusian, peri penting perhubungan kekeluargaan dan bangsa di dalam 10, 000 BC.
Walaupun kisah ini membawa penonton jauh dari peradaban manusia kini, dengan berlanskapkan gunung ganang, batu batan dan padang pasir gersang, 10, 000 BC mampu menonjolkan erti dan nilai yang cukup menyentuh perasaan. Jila dikatakan berkaitan mesej, Emmerich dan tenaga produksi berjaya menyampaikan mesej dengan cukup berkesan tanpa mengenepikan nilai komersil filem ini.
Satu pujian harus diberikan kepada tenaga produksi dari sudut ketelitian dan kesan khas. Penerbit hollywood memang mementingkan ketelitian, dari sudut pakaian, prop, bahkan dari segi rupa dan bahasa memang cukup teliti. Ini semuanya berdasarkan kajian yang dilakukan berdasarkan sejarah dan diolah menjadi cukup teliti ke layar perak. Satu perkara yang cukup menakjubkan, apabila ketelitian yang diberikan dalam menonjolkan bagaimana piramid dibina pada masa itu. Jika selain dari dokumentari di “Discovery Channel” inilah kali pertama, secara grafik dipertontonkan bagaimana piramid dibina ke layar perak, manakala, penggunaan CGI dalam banyak “shot” memang cukup teliti dan dikagumi.
Secara keseluruhan, mungkin inilah filem gred “A” yang boleh dikagumi, dengan nilai dan kesan khas yang digunakan menjadikan filem 10, 000 BC hampir sempurna.

Entry filed under: review. Tags: , , , , , , , , .

Evolusi KL Drift. 10, 000 BC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: