PNB DARBY PARK MEMPERSEMBAHKAN “MAKAN TENGAHARI BERSAMA SETIAUSAHA”

March 6, 2008 at 9:49 am Leave a comment

Untuk kesekian kalinya, PNB Darby Park akan mengadakan minggu setiausaha pada bulan April ini bagi menghargai sumbangan setiausaha kepada majikan mereka. Minggu setiausaha yang bertemakan “Hitam dan Merah” ini akan diadakan pada dua hari selasa berturut-turut iaitu 8hb April dan 15hb April, bermula pada pukul 12 tengahari bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurut, Encik Yusuf, Pengurus PNB Darby Park, di atas sambutan yang cukup mengalakkan pada tahun-tahun sebelumnya, pihaknya telah menjemput barisan penyanyi terkemuka tanahair untuk menghiburkan jemputan pada kali ini. Buat julung kalinya, penyanyi lelaki popular tanahair, Mawi akan mengadakan persembahan pada 8hb April. Selain dari persembahan terhebat Mawi, PNB Darby Park juga buat julung kalinya membawakan AC Mizal untuk menyampaikan lagu-lagu nyanyian beliau. Untuk rekod, pada tahun sebelumnya, AC Mizal hanya menjadi pengacara bagi majlis minggu setiausaha yang dianjurkan oleh PNB Darby Park.

Untuk persembahan pada 15hb pula, PNB Darby Park dengan bangganya membawakan Ratu Jazz Malaysia, iaitu Sheila Majid bagi membuat persembahan untuk Majlis Makan Tengahari Minggu Setiausaha pada hari tersebut. Menurut Sheila Majid, bagi peminat beliau yang tidak sempat untuk mengikuti persembahnnya pada Majlis Amal IJN baru-baru ini, inilah peluang bagi mereka untuk menyaksikan Sheila Majid secara “live” di majlis tersebut.Selama lebih dua dekad, Sheila dikenali sebagai salah seorang penghibur terbaik tanahair dalam persembahan secara langsung. Sheila akan menyampaikan seleksi lagu-lagu terbaik untuk persembahan beliau. Untuk persembahan pada 15hb itu, AC Mizal sekali lagi diberikan peluang untuk menyampaikan lagu-lagu pilihan beliau. Menurut Sheila lagi, mereka yang hadir akan diberikan satu kejutan yang belum pernah diadakan sebelum ini.

Dengan bertemakan “Keglamoran Hitam dan Merah.” Mereka yang hadir mengikut tema akan berpeluang untuk menyertai pertandingan “Best Dress Award” serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya tiket penerbangan dan penginapan ke kota cinta iaitu Paris, untuk dua orang selama lima hari dan empat malam. Menurut Encik Yusuf lagi, dengan penganjuran kali ini, Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park pasti akan meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

Pihak PNB Darby Park menyediakan cenderahati pintu istimewa seperti produk Nivea, boucer Celebrity Fitness dan Asia Spa untuk semua pengunjung. Sebahagian dari itu, pelbaga iprogram telah dirancang seperti cabutan bertuah yang akan menghadiahkan keahlian jim, pakej spa, pakej pelancongan, boucer makanan dan minuman, hamper produk kecantikan, penginapan percuma dan banyak lagi. Sementara itu, setiausaha yang bertuah, bakal mendapat jemputan ke majlis minum petang bersama-sama dengan selebriti seperti AC Mizal, Sheila Majid dan Mawi di The 39 restaurant, PNB Darby park, pada tarikh yang akan ditetapkan.

Majlis Makan Tengahari Bersama Setiausaha bersama Mawi, Sheila Majid dan AC Mizal ini dibawakan khas oleh PNB Darby Park serta penaja utama oleh Celebrity Fitness, Nivea, Asia Spa dan Dymium. Bagi mereka yang mendapat tiket lebih awal, diskaun akan diberikan di atas harga tiket. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-7490 3333 atau layari www.pnbdarbypark.com


AC Mizal Dan Sheila

Encik Yusuf, AC Mizal, Sheila Majid

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , , , , .

Zoom In @RTM Dato’ Siti Nurhaliza “GO GREEN WITH MAWI” TEMA MINGGU SETIAUSAHA PALACE OF GOLDEN HORSES, THE MINES.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,397 hits

%d bloggers like this: