“GO GREEN WITH MAWI” TEMA MINGGU SETIAUSAHA PALACE OF GOLDEN HORSES, THE MINES.

March 6, 2008 at 10:00 am Leave a comment

Minggu setiausaha kembali lagi, namun untuk sekian kalinya, resort dan hotel terbaik Malaysia, Palace Of The Golden Horses dengan kerjasama Maestro Talent Management mempersembahkan acara tahunan yang cukup esklusif iaitu Minggu Setiausaha yang cukup meninggalkan kesan.

Mila Dan mawi

Dalam tahun 2005, Palace Of The Golden Horses telah mengadakan makan tengahari esklusif untuk minggu setiausaha dengan membawa Mawi dan rakan-rakan Akademi Fantasia seperti Marsha dan Bob, tetapi untuk pertama kalinya, secara esklusif, Mawi dibawa ke Palace Of The Golden Horses untuk menghiburkan para setiausaha dan ditemani dengan rakan serta juara Akademi Fantasia 5 yang cukup berbakat iaitu Mila dan diacarakan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Dee untuk majlis tersebut.

Bertemakan “Kehijauan Bersama Mawi” atau “Go Green With Mawi”, acara makan malam ini akan diadakan di Royal Ballroom di Palace Of The Golden Horses pada 4hb April 2008, pukul 7.30 malam. Tema “Go Green With Mawi” adalah cukup bersesuaian dengan suasana hotel dan persekitaran yang menghijau dan cukup nyaman. Begitu juga dengan usaha yang diambil oleh pihak hotel dalam memelihara alam semulajadi serta menghijaukan alam sekitar, pihak pengurusan hotel telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan menubuhkan satu persatuan yang dinamakan sebagai Green@Palace.

Persatuan yang baru ditubuhkan ini cukup aktif dalam menjalankan kempen bagi menyedarkan orang awam mengenai kepentingan alam sekitar serta memfokuskan ke arah bagaimana menjimatkan kos dan tenaga yang digunakan di hotel. Dengan ini, menjadikan Palace Of The Golden Horses sebagai hotel yang terulung dalam penggunaan tenaga secara efisyen dan mengekalkan kehijauan dan simbiosis di antara alam sekitar dan manusia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan telah mengambil satu inisiatif untuk melancarkan secara rasmi Green@Palace bersama Mawi dalam majlis yang cukup berprestij ini.

Dalam pada itu, konsep “Hijau” yang menjadi tema majlis makan malam minggu setiausaha itu nanti akan dimeriahkan persembahan nyanyian terhebat Mawi dan Mila, pertunjukkan silap mata dipersembahkan oleh Mawi sendiri serta yang pasti aksi spontan dan mencuit hati oleh pengacara terhebat iaitu Dee. Selain dari itu, persembahan pembukaan oleh kumpulan kesenian etnik “Balle Balle” pasti meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Acara esklusif tahunan ini tidak akan bererti tanpa tajaan dari pelbagai pihak. Sokongan saban tahun oleh Pihak Astro prima sebagai penyiar rasmi, Habib Jewels yang menyumbangkan barangan kemas bernilai RM 10, 000 untuk tiga pemenang acara cabutan bertuah, pereka terkenal, Cosry sebagai pereka rasmi, Jojobali Spa, Nestle dan Palace Beach dan Spa menyumbangkan boucer serta hamper untuk pemenang cabutan bertuah.

Dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, tetamu akan dihidangkan dengan 4 set makan malam citarasa barat yang disediakan olen chef dan kumpulan masakan yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan mengikut tema yang cukup menarik iaitu suasana kehijauan dan elegan.

Bagi mereka yang membuat pembelian tiket sebelum 20hb Mac 2008, akan diberikan potongan harga sebanyak 10 peratus. Tiket-tiket boleh didapat dari harga RM250++ hingga RM500++ seorang. Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di lobi hotel bermula 3hb Mac 2008.

Kepada setiap setiausaha dan majikan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan terbaik oleh Mawi, Mila dan Dee serta kumpulan Balle Balle yang pasti membuatkan anda terhibur dan diingat sehingga bila-bila.

Untuk pertanyaan mengenai makan malam minggu setiausaha “Go Green With Mawi” serta tiket, sila hubungi Palace Of The Golden Horses di 03-8943 2333 atau layari secara atas talian di www.mines.com.my

mawi21.jpg

Entry filed under: Infotainment. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

PNB DARBY PARK MEMPERSEMBAHKAN “MAKAN TENGAHARI BERSAMA SETIAUSAHA” Evolusi KL Drift.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Us

naism@yahoo.com

Blog Stats

  • 130,387 hits

%d bloggers like this: