Posts filed under 'Uncategorized'
Movie Review: A Chrismas Carol
Filem animasi A Chrismas Carol ini merupakan versi terbaru adaptasi karya klasik Charles Dickens.

Ia dibawakan kepada anda oleh Walt Disney Pictures dan diteraju oleh Robert Zemeckis sebagai pengarah. Ia turut dijayakan oleh aktor-aktor berkaliber seperti Jim Carrey, Gary Oldman, Colin Firth, Robin Wright Penn dan Bob Hoskins.
Filem ini bakal menemui anda dalam 3D dan kesan grafiknya amat tajam dan teliti. Perincian pada latar belakang dan karektor sungguh menakjubkan. Muzik latar dan kesan bunyi pula berkesan, terutama apabila roh-roh mula muncul.
A Chrimas Carol mengisahkan tentang seorang lelaki, Ebenezer Scrooge (Carrey) yang bencikan perayaan Hari Krismas. Dia memencilkan dirinya saban tahun tatkala orang lain bergembira menyambut perayaan tersebut. Akibat terlalu kedekut dan mementingkan diri, beliau tidak disenangi ramai. Namun begitu, anak saudaranya Fred (Firth) simpati dengan orang tua ini dan berharap dia dapat berkongsi gembira ketika perayaan itu. Begitu juga pembantu yang sering ditindasnya, Bob Cratchit (Oldman) menghormati dan kasihan padanya.

Pada malam Krismas, Ebenezer telah didatangi roh rakannya yang sedang terseksa akibat sikapnya ketika masih hidup. Beliau kemudiannya telah menerima kehadiran 3 roh berbeza yang menunjukkannya zaman lampaunya, zaman sekarang dan zaman akan datang.

Pelbagai grafik menarik menyusul pengembaraan masa ini dan segmen ini merupakan bahagian yang paling menghiburkan. Perjalanannnya bersama 3 roh itu menjadikannya seorang yang berbeza.
Saksikanlah pengembaraan Ebenezer merentasi masa dan nikmatilah visual menarik yang melengkapkan perjalanannya. Semasa di waktu lampau, kita dibawa ke zaman kanak-kanaknya, waktu remajanya dan ketika dewasa dan bercinta. Ketika bersama roh waktu sekarang, beliau ditunjukkan kehidupan pekerjanya, Bob dan anak saudaranya, Fred. Ebenezer ditunjukkan kepada keadaan mereka dan bagaimana dia memberi kesan dalam hidup mereka. Roh masa akan datang membawanya melawat kuburnya sendiri dan bagaimana dia mati keseorangan dan dilupakan.

Pengalaman ini membuka hati dan mata Ebenezer dan dia bertekad untuk mengubah nasib masa hadapannya. Jadi, marilah sama-sama kita melihat bagaimana keinsafan mengembalikan nilai insan seseorang itu, mengingatkan mereka tentang kebaikan yang sentiasa ada di dalam diri kita. A Chrismas Carol kini ditayangkan di pawagam. Selamat berhibur!

Add comment November 17, 2009
Album launch – “Percubaan Pertama” @ Aizat
Siang tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran album pertama Aizat berjudul ” Percubaan Pertama” yang diadakan di Rainforest Sports Bar, Pavilion.
Semenjak Julai 2007 yang lalu, Kerjaya Aizat telah diuruskan oleh syarikat miliknya sendiri, iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Melalui syarikat ini, 2 single telah dihasilkan iaitu “Sahabat” dan “Hanya Kau Yang Mampu”. Lagu “Hanya Kau Yang Mampu” mengatasi lagu2 lain dalam pilihan pendengar serta berada di carta teratas radio2 muzik tempatan. Dengan kejayaan itu, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia mengambil inisiatif untuk menghasilkan album “Percubaan Pertama” yang menampilkan 8 buah lagu nyanyian Aizat.
Album “Percubaan Pertama” ini diilhamkan oleh Aizat bersama adik-beradiknya yang juga telah menggalakkan beliau bagi menghasilkan sebuah karya yang mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang diminati bersama. Malah, Aizat dan adik-beradiknya yang memang telah lama mempunyai minat di dalam bidang muzik telah menubuhkan sebuah kumpulan iaitu d’Amdans yang dianggotai oleh Muhammad Amir, Muhammad Amar, Muhammad Anas, Muhammad Aizat, Muhammad Alif dan kakaknya Nur ILi Zuhair.
Tajuk album “Percubaan Pertama” ini telah dipilih berdasar kepelbagaian ciri pertama yang terdapat dalam album ini. Antara yang menarik tentang pemilihan tajuk untuk album ini ialah; inilah album penuh pertama Aizat yang telah dirakam dan berada di pasaran, lagu2 gubahan Aizat yang pertama kalinya dicipta bersama-sama abangnya, Amar dan Anas diterbitkan serta single pertama Aizat yang turut dimuatkan di dalam album ini. Dari aspek yang tersirat pula, penerimaan album ini oleh para peminat merupakan cabaran utama buat Aizat. “Percubaan Pertama” ini juga merupakan pembuka jalan dan bakal menjadi landasan untuk cubaan ke-2 pula dan seterusnya bagi Aizat.
Penerbitan album “Percubaan Pertama” ini dibiayai sepenuhnya oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE); syarikat bersama keluarga Aizat. KGE juga telah menerbitkan 2 buah muzik video iaitu “Fikirlah” dan “Hanya Kau Yang Mampu”, manakala muzik video untuk “Lagu Kita” kini dalam peringkat perancangan.
Album “Percubaan Pertama” akan berada di pasaran mulai 26 Jun 2008 ini, menampilkan lagu2 hits seperti berikut:
FIKIRLAH ( lagu dan lirik oleh Anas )
HANYA KAU YANG MAMPU ( lagu dan lirik oleh Taufik )
LAGU KITA ( lagu dan lirik oleh Aizat )
SAHABAT ( lagu dan lirik oleh Taufik )
SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA ( lagu dan lirik oleh Aizat dan Anas )
CINTAI DIRIKU ( lagu dan lirik oleh Aizat )
MELODI CINTA ( lagu oleh Anas dan lirik oleh Amar )
HANYA KAU YANG MAMPU (versi akustik)
10 comments June 25, 2008
Bowling @Suria FM
Bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada bulan Jun setiap tahun, Suria FM dengan slogan ” Hidup Pasti Rancak ” itu baru2 ini telah mengadakan pertandingan boling yang juga melibatkan golongan bapa dan artis. Pertandingan ini telah diadakan pada hari ahad yang lepas di U-Bowl 1 utama.
Mila bersama bapanya, Jirim Burhan
Faradhiya bersama bapanya, Mohd Amin Zubir
Farah AF2 bersama bapanya, Anuar Ali
Man Kidal bersama anaknya, Suriani
Zahid bersama bapanya, Baharudin Md Arif
Peserta yang menyertai pertandingan boling sempena Hari Bapa anjuran Suria FM bergambar bersama artis dan pengurusan Suria FM.
1 comment June 24, 2008
Doa Selamat Drama Bersiri BELLA
Bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala telah diadakan satu majlis doa selamat meraikan kejayaan drama siaran tv3, Bella yang mendapat sambutan hangat dari kalangan para penonton setia tv3. Drama ini juga turut mendapat sambutan melalui siaran di internet.
Add comment June 20, 2008
“Demi Masa” @ TV3
Seorang ibu sanggup mengorbankan segalanya demi seorang anak, asalkan anaknya itu mengecapi kejayaan pada masa depan sudah memadai walaupun jasanya tidak dikenang mahupun dibalas. Itulah plot telemovie yang akan mengisi slot cerekarama pada malam ini ( 10 Mei 2008 ), jam 10 malam.
Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang ditimpa malang apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami ( Rashid ) dan menyebabkan isterinya ( Maryam ) dan anaknya ( Nazli ) cedera dan buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.
Sikap Nazli ( watak ketika kecil – Syafie Naswip ) semakin biadap dan sukar dikawal, namum Maryam tetap berlembut terhadapnya;namun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri, dia sebenarnya malu terhadap rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa.
Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya daripada dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli ( watak Nazli ketika dewasa- Iqram Dinzly ) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubungi ibunya apabila dia terlalu memerlukan wang. Dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin ( Emelda Rosmila ).
Maryam berkunjung secara mengejut ke bandar untuk menemui Nazli kerana tersangat rindu akan anaknya itu. Namun Nazli secara diam tidak mengakui dan memarahi ibunya kerana datang ke rumahnya. Maryam berlalu dengan nikmat yang amat disyukurinya kerana dapat menatap wajah nazli, biarpun seketika sahaja.
suatu hari, Nazli pulang ke kampung dan tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah ibunya dan berjumpa juga dengan rakan lamanya. kemudian Nazli didatangi rakan baik ibunya Chah ( Rozie rashid ) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu tentang ibunya.
Apakah rahsia yang terkandung di dalam surat itu? Apakah kesedaran hari ini mampu menutup kesilapan semalam? Pastikan anda menonton “Demi Masa” malam ini di TV3, jam 10 malam.
Add comment May 10, 2008



































