Posts filed under 'review'

“AYYAD” @ TV3

Siri baru terbitan Tv3 yang kini menemui anda di kaca tv setiap hari Isnin, jam 7.30 mlm mulai 2 Jun yang lalu merupakan satu santapan baru untuk penonton setia tv3 termasuk kanak2 dan seisi keluarga. Tv3 menyediakan siri ini dengan misi merapatkan jurang komunikasi dan emosi khususnya untuk ibubapa supaya lebih memahami dunia kanak2.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh GBSB dan merupakan hasil sutradara pengarah Fairuz Loy. Ia dibintangi oleh pelakom cilik Ahmad Ezzrin Loy yang memegang watak AYYAD disamping pelakon2 handalan tanahair yang lain seperti Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman, Mohamad Yadiy Ahmad Taufek, Errin Malek, Mas, Rusyaidi Razin dan Cat Farish.

Antara kisah yang dihadapi AYYAD ialah kedatangan kawan baru,Sazali atau Zali yang merupakan seorang kanak2 pendiam dan pemalu berusia 9 tahun yang baru berpindah ke taman perumahannya. AYYAD dan Zali menjadi mesra dalam sekelip mata. Selain itu, AYYAD mula mengenal erti setia tidak kira apa cabaran yang perlu beliau hadapi apabila beliau cuba mempertahankan Zali yang dibuli oleh budak2 nakal. Namun dia yang bertubuh kecil itu terpaksa mengalah dan meminta pertolongan dari orang gajinya yang dianggap wira.

Sepanjang 13 episod ini, pelbagai persoalan dan tanda tanya wujud dalam fikiran AYYAD setiap kali berhadapan dengan masalah. Antaranya kejadian dimana adiknya merajuk dengan pembantu rumahnya serta pertengkaran antara ibu dan ayahnya. Mesej yang positif dipamerkan dalam setiap episod kerana ibu bapa bertanggungjawab memberikan nilai2 terbaik kepada anak2 yang belum matang.

14 comments June 26, 2008

“DENDAM” drama @ TV3

Bertempat di Rainforest Cafe, Bandar Sunway telah diadakan satu majlis ramah mesra drama terbaru TV3 yang bakal menemui penonton setia TV3 bermula 24 Jun 2008, setiap hari Selasa jam 11 malam.

Drama hebat ini merupakan hasil sentuhan pengarah kreatif, Adam Hamid dan diterbitkan oleh syarikat produksi yang menjayakan drama Natasha dan Jelatang iaitu Asia Media Content. Apa yang lebih menarik drama ini diterajui oleh pendatang baru dari Singapura iaitu Rima Melati Adam. Turut membintangi DENDAM ialah Aliff Mohd. Satar ( pengacara Remaja ), Kathy Azean, Noniswara, Ery Putra, Alyka, Zarynn Nin dan Aqasha.

SINOPSIS:

Cereka ini mengisahkan Misha ( Rima Melati ) yang sering didera secara fizikal dan mental sejak dari kecil lagi oleh makciknya, Zana ( Noniswara ).  Bapa Misha telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan ibunya Narimah ( Kathy Azean ) pula mengalami penyakit lumpuh. Kejadian malang yang menimpa ibu bapanya menjadikan Misha dan adiknya Amir ( Aliff ) kehilangan kasih-sayang dan terpaksa meneruskan kehidupan di pusat jagaan anak2 yatim. 

Kesedihan dan kesusahan yang membelenggu Misha dan Amir tidak terhenti di situ sahaja apabila adik-beradik Narimah iaitu Zana, Helmi ( Rosli Idris ) dan Fikri ( Ery Putra ) mengetahui Misha dan Amir mewarisi duit insuran bapa mereka.  Zana mengambil Misha dan Amir daripada rumah anak2 yatim dan menyalahgunakan duit mereka itu, malah turut mendera mereka.

Setelah Misha meningkat dewasa, bermulalah episod baru dalam hidupnya sebagai pendendam dan mula melakukan jenayah pembunuhan satu-persatu terhadap mereka yang telah menganiayainya. Sebaliknya Amir membesar sebagai seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi Zana kerana dalam hematnya, Zana telah bersusah-payah membesarkan dia dan kakaknya tanpa mengetahui kejahatan yang telah dilakukan Zana terhadap kakaknya.

1 comment June 11, 2008

“Sepi” Movie @ Sountrack

Setelah menerima sambutan yang cukup menggalakkan bagi album runut bunyi “CINTA”, Sony BMG Music Entertainment sekali lagi bekerjasama dengan Primeworks Studios ( Sebelum ini dikenali dengan nama GBSB ) untuk sebuah lagi album runut bunyi bagi filem terbaru mereka “SEPI”.

Seiring dengan sesi pratonton filem ini, telah diadakan juga sesi pelancaran album runut bunyi “SEPI ORIGINAL MOTION PICTURE SOUNTRACK” yang disempurnakan oleh Pengurus Besar GBSB, En. Ahmad Puad Onah dan Pengarah Urusan Sony BMG, En. Adrian Lim.

Album ini memuatkan 15 buah lagu2 hits yang dipopularkan oleh artis2 popular dalam dan luar negara, antaranya “Kembang Perawan” ( Gita Gutawa ), “Sepi” ( Yuni Shara ), “Cinta Tiada Akhirnya” ( Jaclyn Victor ), “Seribu Tahun” ( Imran Ajmain ), “Sayang-sayang” ( Aliff Aziz ) dan ramai lagi. Kebanyakan lagu2 ini kesemuanya diinspirasikan dari jalan cerita filem SEPI itu sendiri.

Istimewanya album ini memuatkan 6 buah lagu baru hasil ciptaan komposer tempatan yang dinyanyikan oleh artis2 seperti Pacai, Nora, CRUSH!, Nieyl (Mentor), Zaf & Lah VE serta Hubuonen.

Tracklisting:

1. Senyum Indah – CRUSH! ( Lagu baru )

2. Jatuh Cinta – Pacai ( Lagu baru )

3. Aku Bukan Untukmu – Zaf & lah ( Lagu baru @ nyanyian asal Rossa )

4. Sepi – Yuni Shara

5. Kembang Perawan – Gita Gutawa

6. Oh! Asmara ( Versi dialog ) - Nora ( Lagu baru )

7. Puisi Sepi – Baizura Kahar

8. Kita – Nieyl ( Lagu baru )

9. Vocalizing – Gita Gutawa

10. Aku Dan Bulan – Hubuonen

11. Sayang-sayang – Aliff Aziz

12. Cinta Tiada Akhirnya – Jaclyn Victor

13. Seribu Tahun – Imran Ajmain

14. Hilang – Diddy

15. Seribu Kenangan – Didicazli

Add comment June 11, 2008

“SEPI” Movie Synopsis

Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sepi membuatkan mereka mencari cinta, memilih cinta dan menggenggam cinta.  Sepi lah yang mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya,dan kek perkahwinannya yang sering menjadi idaman dan pilihan para pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis2 perkahwinan;tanpa pasangan. Walau pun sentiasa dikelilingi oleh kawan2, Adam rasa keseorangan.  Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya masih tercari-cari.  Dia inginkan seseorang untukberkongsi rahsia, tapi mungkinkah cinta yang dicarinya, telah lama berada di depannya?

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori silam. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia ‘berlari’-menjauhkan diri daripada realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi.  Bukankah cinta hanya datang sekali dalam hidup ini?.

Imaan kecewa apabila pementasan teater hasil nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean.  Imaan bencikan Ean, tetapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit2 cinta. Tetapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya.  Akhirnya, cinta memaksa Imaan membuat pilihan. 

3 kisah yang berbeza, terikat dalam 1 ‘destiny’.

 

1 comment June 11, 2008

Astro Megadrama- June 08

untukbulan Jun, Jangan Main Belakang- sebuah drama bersiri 13 episod menjadi pilihan mengisi slot Atro Megadrama. Drama yang mengambil masa 60 minit utk setiap episod ini menampilkan gabungan barisan pelakon2 baru dan lama, iaitu Fasha Sandha, Ady Putra, Anne Ngasri,Khaty Azean dan Jue Aziz .

Drama yang akan disiarkan mulai 5 Jun, setiap Khamis, jam 6 30 petang di saluran Astro Ria ( saluran 104 Astro )  ini mengisahkan tentang keadaan huru-hara, apabila sekumpulan anak muda yang dahagakan sebuah kejayaan tinggal dalam sebuah villa yang sama di Kuala Lumpur. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi antara satu sama lain demi mencapai cita2 mereka.  Siri ini menampilkan beberapa watak, antaranya Dahlia  seorang kerani undang2, Johan seorang peguam muda, Rafael seorang penjual kereta, Julia seorang tukang masak, Mimi penyambut tetamu, Mama Mah penjaga rumah dan Encik Don pemilik villa. Setiap episod memaparkan pelbagai isu semasa dalam masyarakat Malaysia yang berbilang dan perbagai ragam ini.

Sesi prebiu untuk pihak media telah dijalankan di Cineleisure pada 21 mei yang lalu.

 

 

Add comment June 9, 2008

Previous Posts


Contact Us

naism@yahoo.com
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

a

Category Cloud

Infotainment news review Uncategorized

Blog Stats

Pages