Posts filed under 'news'

Buka Puasa Bersama Anak Yatim @Jucso

Saban tahun pihak jusco tidak lupa meraikan Ramadhan dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang dijayakan bersama Duta Yayasan Jusco Malaysia,Datuk Siti Nurhaliza. pada tahun ini, bertempat di Restoran Rebung Bangsar telah diadakan majlis tersebut yang dihadiri oleh badan kebajikan dan anak-anak yatim yang terpilih. Aktiviti yang diadakan termasuklah sesi bercerita oleh Duta Jusco  serta penyerahan sumbangan.

Jusco Ct1

Jusco Ct (1)1

Jusco Ct (2)1

Jusco Ct (3)1

Jusco Ct (4)1

Jusco Ct (5)1

Add comment September 18, 2009

Samrah Aidilfitri @ Sungei Wang Plaza Plaza

Bersempena dengan pelancaran Samrah Aidilfitri, Sungei Wang Plaza membawakan persembahan artis daripada Metadome iaitu The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Nurul dan Liyana Jasmay.Mereka juga mengiringi 21 kanak-kanak dari Rumah Amal Belaian Kasih Ampang “bershopping” memilih baju raya mereka.

bermula 3 hingga 27 September, pelbagai acara diadakan bertempat di Sungei Wang Plaza.Antaranya tarian Samrah Aidilfitri dan persembahan drama, pertandingan “Little Arabian Prince and Princess” dan Bazar Aidilfitri.Juga pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan dekorasi SAMRAH AIDILFITRI yang menarik di Sungei Wang Plaza.

sgwangplaza

sgwangplaza (1)

sgwangplaza (2)

sgwangplaza (3)

sgwangplaza (4)

sgwangplaza (5)

Add comment September 18, 2009

Rumah Terbuka SNP

Siang tadi bertempat di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa telah berlangsungnya majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Siti Nurhaliza Production (SNP) yang dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan nyanyian, tarian dan kuiz yang dipenuhi dengan gelak-tawa dan pelbagai ragam tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada warga peminat Ctzone. selain itu, majlis diserikan dengan nyanyian daripada artis SNP seperti Saida,Saerah,dan kumpulan Coda. Ct juga tidak terkecuali. Majlis bermula seawal jam 12 tengahari dan berakhir kira-kira jam 5 petang.

Majlis diacarakan oleh Ahmad Fedtri Yahya

Saida berduet dengan ct dalam lagu Biarlah Rahsia

 

Add comment October 20, 2008

Promo: Sehati Berdansa Musim ke-2

Untuk informasi terkini, sila layari laman web rasmi Sehati Berdansa di

www.astro.com.my/sehatiberdansa atau dengan menekan butang merah yang terdapat

pada alat kawalan jauh Astro anda…

Saksikan Malam Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung setiap Sabtu jam 9 mlm,

hanya di saluran Astro

1 comment October 17, 2008

“Irama Cinta Mula Berdansa di Astro”

Program Sehati Berdansa kini kembali untuk musim ke-2 di saluran rasmi, Astro Ria ( saluran 104 ). Rancangan ini akan mula menemui para penonton bermula pada 18 Oktober ini.

10 pasangan selebriti telah diperkenalkan pada majlis pengumuman yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 10 pasangan ini telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan persembahan terbaik pada setiap minggu atas nama badan2 kebajikan yang terpilih. Pada setiap minggu, pasangan yng tersingkir akan menghulurkan wang tunai yang terkumpul ke dana yang disediakan untuk badan2 kebajikan terpilih. Wang tunai yang terkumpul akan meningkat pada setiap minggu sehinggalah ke malam kemuncaknya.

Persembahan pasangan selebriti ini akan dinilai oleh 3 orang juri ( 50% ) dan penonton melalui undian SMS dan talian tetap ( 50% ). Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Radio Era menjadi radio rasmi bagi mempromosikan program Sehati Berdansa. Di samping itu, pihak Astro amat berbesar hati mengumumkan SILKY GIRL dan SILKY FOR MEN sebagai penaja rasmi untuk musim ke-2 ini.

Untuk permulaan, acara promosi bergerak “Sehati Berdansa” akan diadakan di AEON Jaya Jusco, Bkt Tinggi Klang pada 25 Oktober ini, dari jam 10 hingga 6 petang termasuk sesi bertemu finalis musim lepas dan musim ke-2 ini.

Juara Sehati Berdansa Musim lalu….Vee n Rashidi

Fauzi dan Lisdawati mewakili Rumah Nur Salam

Khai dan Rosma mewakili Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia

Amyza Aznan dan Khairil Izhar mewakili Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia

Sasha dan Salyo mewakili Persatuan Diebetis Malaysia

Ani Maiyuni dan Zairi Azmi mewakili Majlis Kanser Nasional

Ashed ( Def Gab C ) dan Sh. Noor Shima mewakili Persatuan Pencinta Alam Malaysia

Jamal Jamaludin dan Noor Faridah mewakili Pusat Kebangsaan Autism Malaysia

Shahril Arsat dan Noraini Morat mewakili Yayasan Jantung Malaysia

Mazin Ameen Siraj (model) dan ida Chairunisa mewakili Persekutuan Orang Pekak Malaysia 

 

Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin mewakili Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

Pengacara Musim ke-2 : Fahrin Ahmad. Linda Onn dan Awal Ashaari

 

Add comment October 17, 2008

Previous Posts


Contact Us

naism@yahoo.com
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

a

Category Cloud

Infotainment news review Uncategorized

Blog Stats

Pages