Posts filed under 'Infotainment'
Majlis Berbuka Puasa Trek Selebriti @ Renaissance Hotel
Dengan tema Raikan Ramadhan Dengan Tangan Yang Memberi,para artis jemputan kali ini semuanya telah sudi hadir tanpa sebarang bayaran;sama ada membuat persembahan atau meraikan anak-anak yatim.
Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada artis seperti Aliff Aziz, Diana Danielle, Imran Ajmain dan lain-lain. celoteh 2 pengacara berbakat Adifashla dan Nana menggamatkan suasana pada malam itu.
Keseluruhan majlis ini akan dipaparkan dalam rancangan Trek Selebriti (episod 33 ) pada hari Khamis, 17 Sept. jam 7 mlm dan ulangan pada 10mlm.









1 comment September 18, 2009
Buka Puasa ASTRO
Tanggal 1 september lalu telah diadakan satu majlis berbuka puasa anjuran Astro yang dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada rakan niaga,selebriti,pihak media dan anak-anak yatim.Majlis diserikan dengan persembahan artis seperti Aisyah, Imad,dan artis-artis “Marhaban Di ASTRO”.
terima kasih pihak Astro atas jemputan.







Add comment September 17, 2009
Single Raya Anita Sarawak “Maafkan”
Suatu fakta yang menarik;setelah 43 tahun sebagai penyanyi, “Maafkan” adalah lagu pertama Anita istimewa untuk Hari Raya.
“Saya terpesona dari saat pertama saya mendengar lagu ini.melodinya sungguh indah dan liriknya pula membuat kita memikirkan tentang anugerah kehidupan dan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita. Saya mendapat inspirasi untuk merakamkan lagu “Maafkan’ daripada suami saya, Mahathir yang sentiasa hadir menyumbangkan idea-idea kreatifnya”.
Single raya ini diterbitkan bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) yang mana turut menerbitkan muzik video sebagai ilustrasi kepada kisah peribadi Anita Sarawak.Muzik video “Maafkan” bakal ke udara secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria pada 13 september jam 10 mlm.




Add comment September 17, 2009
10 Finalis Pencarian Hot FM Lagu 1Malaysia Kita
Bertempat di Muzium Negara telah diadakan sidang media mengumumkan 10 finalis.
Tajuk : KERANAMU HATI KU MALAYSIA
Lagu/Lirik: LEAD
Artis: MANIS
Tajuk: LAGU RAKYAT SATU MALAYSIA
Lagu/Lirik: NORM AIDID
Artis: RIDA
Tajuk: PERPADUAN 1 MALAYSIA
Lagu/Lirik: ALEX
Artis: ALEX
Tajuk: NYANYIKAN LAGU MU
Lagu/Lirik: NG CHING CHING/ WONG SENG JINN
Artis: MAYA KARIN
Tajuk: SATU MALAYSIA
Lagu/Lirik: AUBREY SUWITO/ DATO’ SITI NURHALIZA
Artis: DATO’ SITI NURHALIZA
Tajuk: SEHATI SEJIWA
Lagu/Lirik: D.GERARD SINGH
Artis:D.GERARD SINGH
Tajuk: SATU
Lagu/Lirik: SHAZZY/ SHAH SHAMSHIRI
Artis: TOMOK
Tajuk: KAMI ANAK MALAYSIA
Lagu/Lirik: ASHROFF SHARIFF/ EKA SHARIFF
Artis: NOH (HUJAN), LAH AHMAD & SHILA
Tajuk: INILAH MALAYSIA
Lagu/Lirik: TAJA MEET UNCLE HUSSAIN/ TUN TEJA
Artis: JACLYN VICTOR & ARCH LITTLE DANIELLE, IKRAR BY ROCKERINA@FRIENDS
Tajuk: MALAYSIA SATU
Lagu/Lirik: AUDI MOK/ NUR FATIMAH
Artis: FAIZAL TAHIR
Untuk mengundi, layari web rasmi stesen Hot FM di www.hotfm.com.my. Tarikh tutup undian adalah pada 26/08/09.




Add comment August 25, 2009









