Zoom In @RTM Dato’ Siti Nurhaliza
March 5, 2008
Hujan yg lebat pada lewat petang tidak mematahkan semangat para peminat Siti Nurhaliza untuk membanjiri Auditorium Perdana Angkasapuri seawal jam 6 30 petang lagi. Selepas konsert Fenomena Apek dan Siti Nurhaliza, Siti kembali lagi ke RTM dalam rancangan Zoom In dengan imej bertudungnya.
Dalam siaran secara langsung tersebut, Siti membawakan rangkaian lagu-lagu lama dan lagu baru khususnya daripada album terbarunya, Hadiah Daripada Hati. Sebanyak 11 lagu didendangkan yang menjadi sajian telinga para penonton di auditorium serta di rumah. Antara koleksi lagu yang disampaikan adalah Destinasi Cinta, Mulanya Cinta, Biarlah Rahsia, Love u inside n out, Tunggu sekejap, Sejak ku bertemu padamu, Eslilin, Cintamu, Horey2, Melawan Kesepian dan Ku Mahu
Artis jemputan pada malam tersebut adalah Aznil Hj Nawawi, kumpulan Coda (artis Siti Nurhaliza Production) serta pelawak terkenal Louisa Chong dan Shamsul Ghau-ghau.
Sementara itu sama-sama kita imbas kembali persembahan Siti Nurhaliza ketika menjayakan konsert Fenomena Seni bersama Apek di RTM pada tahun 2006 yg lalu, iaitu pada 19 Julai 2006.
Gambar Nostalgia Siti Nurhaliza Ketika Memenangi Bintang RTM
Entry Filed under: Infotainment. Tags: dato k, fenomena, rtm, saiful apek, seni, siti nurhaliza, zoom in.
1 Comment Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
shariha | May 7, 2008 at 5:01 pm
siti comel sgt!!!!