Teater Nyonya, Sempurna!
February 21, 2008
Karya Wisran Hadi, Nyonya yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 20 hingga 24 Februari memang satu karya yang cukup boleh dipuji. Kisah berkisar bagaimana seorang saudagar barangan antik, Tuan (lakonan Zaifri Husin) yang dengan licik dan pintar menggunakan tipu helah untuk memiliki Nyonya (lakonan Juhara Ayob).
Komedi sinikal yang diarah oleh Rosminah Tahir ini memang cukup berkesan dan membawa penonton berfikir sambil memberikan satu hiburan dan jenaka yang akan membuat anda tidak akan kering gusing sepanjang persembahan ini.
Teater yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya menggunakan dialek Indonesia yang mudah difahami oleh segenap penonton. Karya ini cukup menghiburkan dan amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Teater Nyonya cukup sempurna.
Persembahan yang berdurasi sekitar 90 minit ini diperkuatkan lagi dengan lakonan hebat Khatijah Tan, sebagai Keponakan A, Tania Zainal, Keponakan B dan Melissa Saila, Keponakan C. teater ini juga membawa khas Yani Mae, seorang pensyarah kesenian dari Universiti Bandung, Indonesia dan aktivis teater yang cukup disegani di sana, berlakon sebagai isteri.
Bagi anda yang inginkan satu kelainan, teater, Nyonya, adalah jawapannya.
Tiket-tiket untuk teater ‘Nyonya’ berharga RM 30, RM 50 dan RM 20 (tiket konsesi untuk warga emas dan kanak-kanak). Masa pementasan adalah pada pukul 8.30 malam sementara tayangan matinee adalah pada pukul 3.00 petang.
Entry Filed under: Infotainment. Tags: artis bogel, ida nerina, juhara ayob, Melissa Saila, ning baizura, nyonya, seks, Tania Zainal, video gay, Yani Mae, zaifri husin.
5 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed


1.
fernaiza | February 24, 2008 at 3:07 pm
mmg mantap para pelakon ,taniah..utk menyampaikan mesejnya mmg berat..menggunakan perkataan ekornya dan pokoknya….
2.
en_me | February 28, 2008 at 11:28 am
sempurna? me dont think so.. hmm, sorry to say that..
but it’s enjoyable, kelakar juger.. me was there..
me got my own view too..
http://yginsaf.wordpress.com/2008/02/24/bangsawan-nyonya/
3.
joe | August 12, 2008 at 2:39 am
slm knl,dri teater pilar
add me
joe@pilar.com
4.
joe | August 12, 2008 at 2:40 am
smoga kiita sling kerjasama dan tukar informasi,mengenai teater
teater pilar
samarinda kalimantan timur
Indonesia
5.
nazwani | October 13, 2008 at 6:32 pm
tengok teater memang beri kepuasan yang amat sangat , terutama teater yang di persembahkan itu memberi pengajaran dan lawak jenaka. tak kering gusi. Mungkin teater boleh menghilangkan keserabukkan..