Buka Puasa Bersama Anak Yatim @Jucso
Saban tahun pihak jusco tidak lupa meraikan Ramadhan dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang dijayakan bersama Duta Yayasan Jusco Malaysia,Datuk Siti Nurhaliza. pada tahun ini, bertempat di Restoran Rebung Bangsar telah diadakan majlis tersebut yang dihadiri oleh badan kebajikan dan anak-anak yatim yang terpilih. Aktiviti yang diadakan termasuklah sesi bercerita oleh Duta Jusco serta penyerahan sumbangan.






Add comment September 18, 2009
Samrah Aidilfitri @ Sungei Wang Plaza Plaza
Bersempena dengan pelancaran Samrah Aidilfitri, Sungei Wang Plaza membawakan persembahan artis daripada Metadome iaitu The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Nurul dan Liyana Jasmay.Mereka juga mengiringi 21 kanak-kanak dari Rumah Amal Belaian Kasih Ampang “bershopping” memilih baju raya mereka.
bermula 3 hingga 27 September, pelbagai acara diadakan bertempat di Sungei Wang Plaza.Antaranya tarian Samrah Aidilfitri dan persembahan drama, pertandingan “Little Arabian Prince and Princess” dan Bazar Aidilfitri.Juga pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan dekorasi SAMRAH AIDILFITRI yang menarik di Sungei Wang Plaza.






Add comment September 18, 2009
Majlis Berbuka Puasa Trek Selebriti @ Renaissance Hotel
Dengan tema Raikan Ramadhan Dengan Tangan Yang Memberi,para artis jemputan kali ini semuanya telah sudi hadir tanpa sebarang bayaran;sama ada membuat persembahan atau meraikan anak-anak yatim.
Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada artis seperti Aliff Aziz, Diana Danielle, Imran Ajmain dan lain-lain. celoteh 2 pengacara berbakat Adifashla dan Nana menggamatkan suasana pada malam itu.
Keseluruhan majlis ini akan dipaparkan dalam rancangan Trek Selebriti (episod 33 ) pada hari Khamis, 17 Sept. jam 7 mlm dan ulangan pada 10mlm.









1 comment September 18, 2009
Buka Puasa ASTRO
Tanggal 1 september lalu telah diadakan satu majlis berbuka puasa anjuran Astro yang dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada rakan niaga,selebriti,pihak media dan anak-anak yatim.Majlis diserikan dengan persembahan artis seperti Aisyah, Imad,dan artis-artis “Marhaban Di ASTRO”.
terima kasih pihak Astro atas jemputan.







Add comment September 17, 2009
Single Raya Anita Sarawak “Maafkan”
Suatu fakta yang menarik;setelah 43 tahun sebagai penyanyi, “Maafkan” adalah lagu pertama Anita istimewa untuk Hari Raya.
“Saya terpesona dari saat pertama saya mendengar lagu ini.melodinya sungguh indah dan liriknya pula membuat kita memikirkan tentang anugerah kehidupan dan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita. Saya mendapat inspirasi untuk merakamkan lagu “Maafkan’ daripada suami saya, Mahathir yang sentiasa hadir menyumbangkan idea-idea kreatifnya”.
Single raya ini diterbitkan bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) yang mana turut menerbitkan muzik video sebagai ilustrasi kepada kisah peribadi Anita Sarawak.Muzik video “Maafkan” bakal ke udara secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria pada 13 september jam 10 mlm.




Add comment September 17, 2009